[AUREVATH UNIVERSE]
Sekumpulan enam pelajar universiti, Riyaz Khayran, Zharyan Dzul, Steve John, Elizabeth Zhen (Liz), Rafea Rose, dan Irene Aryssa terkejut dengan keputusan peperiksaan semester yang mengecewakan. Disebabkan markah yang rendah, mereka berenam dipanggil oleh Pensyarah Kanan yang paling ditakuti, Sir Henry T. Hayworth, yang mengarahkan mereka menghadiri kelas tambahan wajib bermula jam 10 malam.
Setelah dua jam kelas tambahan yang memenatkan tamat, mereka berenam melangkah keluar dari kelas dan terdengar bunyi gendang misteri berirama dari tingkat atas, iaitu Dewan Perpustakaan lama. Didorong rasa ingin tahu dan waspada, mereka nekad untuk menyiasat bunyi tersebut.
Di dalam perpustakaan yang gelap dan sunyi, mereka menemui sebuah kotak kayu berdebu bertulis "DESTINY CARD". Di dalamnya, terdapat papan permainan bulat dengan enam kad berwarna-warni. Walaupun ada keraguan, terutamanya dari Zharyan, mereka bersetuju untuk bermain "sekali sahaja" sebagai kenangan.
Sebaik sahaja keenam-enam kad diletakkan ke ruang papan permainan, kotak itu tiba-tiba memancarkan cahaya ungu dan emas yang terang, mengoyakkan realiti di sekeliling mereka. Dalam kepanikan mereka berusaha keluar dari Dewan Perpustakaan Lama itu, namun satu persatu dari mereka di sedut masuk ke dalam Kotak Permainan Misteri "Destiny Card"