
Malam itu, hidup Wajiha Nazifa musnah. Suara jeritan adiknya, Wadhan, masih menghantui setiap hela nafasnya. Darah yang membasahi tangannya seakan tidak pernah hilang dari pandangan. Semuanya kerana seorang lelaki-Zhao Xuan. Si pembuli, si kejam, si gangster sekolah yang menukar gurauan menjadi tragedi. Sejak hari itu, Wajiha bukan lagi gadis lurus bendul yang dipandang rendah. Dia berubah menjadi perempuan yang berjanji untuk hidup dengan satu tujuan-dendam. Bertahun kemudian, takdir mempertemukan mereka semula. Lelaki yang meragut nyawa adiknya kini berdiri di hadapannya, tanpa mengetahui siapa sebenarnya wanita itu. Zhao Xuan tidak pernah tahu... bahawa senyuman lembut yang menyambutnya adalah perangkap, dan setiap detik yang mereka lalui hanyalah perjalanan menuju hukuman. Kerana bagi Wajiha-cinta hanyalah permainan. Dan lelaki itu... adalah mangsa terakhirnya. DILARANG MENIRU KARYA SAYA !! start : 29.09.25 end :All Rights Reserved
1 part