Story cover for cinta dua benua (pertemuan Gadis London Dan Jejaka Malaysia)  by dameeea
cinta dua benua (pertemuan Gadis London Dan Jejaka Malaysia)
  • WpView
    Reads 119
  • WpVote
    Votes 65
  • WpPart
    Parts 22
  • WpView
    Reads 119
  • WpVote
    Votes 65
  • WpPart
    Parts 22
Ongoing, First published Oct 01
3 new parts
Sofiea, gadis kacukan berdarah British, akhirnya menjejakkan kaki ke Malaysia setelah sekian lama tinggal di London. Niatnya hanya satu iaitu berjumpa dengan ayahnya, Encik Kusyairi, yang sudah lama terpisah. Namun, kepulangannya tidak semudah yang disangka.

Segalanya berubah apabila satu insiden kecil berlaku-sebuah pertembungan yang tidak diduga. Sofiea secara tidak sengaja melanggar motor seorang lelaki tempatan. Pertemuan itu mencetuskan konflik, salah faham, dan dalam masa yang sama membuka jalan kepada sebuah kisah yang tidak pernah dijangka... kisah antara dua hati dari dua dunia yang berbeza.

_________
All Rights Reserved
Sign up to add cinta dua benua (pertemuan Gadis London Dan Jejaka Malaysia) to your library and receive updates
or
#3comedy-romance
Content Guidelines
You may also like
Of Ruins and Roses by KaelAuren_
125 parts Complete
Rayyan Harith tidak pernah lupa malam itu. Seorang pakar bedah muda. Dia menyaksikan sendiri tiga nyawa ditarik dalam satu kemalangan tragik-termasuk adik kandungnya sendiri. Namun yang paling menghantui hidupnya ialah, sepasang suami isteri yang gagal diselamatkannya... hingga meninggalkan seorang gadis yatim piatu. Gadis itu, kini bergelar wanita berdikari bernama Aira Humaira. Pemilik kafe comel bernama Pawse & Sip, tempat di mana manusia melepaskan lelah sambil membelai kucing sebagai penyembuh luka jiwa. Tuah, satu-satunya saksi bisu yang menjadi penguat Aira selama ini. Tanpa saling mengenali, Rayyan dan Aira ditemukan semula oleh takdir. Namun, rahsia masa lalu terus menghantui. Aira tidak tahu lelaki itu ialah doktor yang cuba sedaya upaya menyelamatkan ayahnya pada malam kejadian. Rayyan pula hidup dalam dilema-antara menyembunyikan identiti atau jujur dan kehilangan wanita yang perlahan-lahan dia cintai. Tatkala luka lama mula berdarah kembali, dugaan bertimpa. Hasutan, fitnah, keluarga yang menolak, kehilangan, perpisahan... hingga Aira dan Rayyan diuji antara percaya dan kecewa, antara menanti dan melepaskan. Akan adakah bahagia buat dua jiwa yang luka? Atau takdir sekali lagi memilih untuk memisahkan mereka? "𝙼𝚊𝚗𝚊 𝚔𝚊𝚞, 𝚜𝚊𝚢𝚊𝚗𝚐? 𝙹𝚊𝚗𝚐𝚊𝚗 𝚝𝚒𝚗𝚐𝚐𝚊𝚕𝚔𝚊𝚗 𝚊𝚔𝚞." - Rayyan Harith. "𝙰𝚒𝚛𝚊 𝚝𝚊𝚔 𝚋𝚘𝚕𝚎𝚑. 𝙰𝚒𝚛𝚊 𝚝𝚊𝚔 𝚜𝚊𝚗𝚐𝚐𝚞𝚙. 𝙰𝚒𝚛𝚊 𝚖𝚒𝚗𝚝𝚊 𝚖𝚊𝚊𝚏." - Aira Humaira.
[OG] Her Angel by IzzIman_27
60 parts Ongoing
[SLOW UPDATE] Genre: Healing Romance + Slice of Life Zuheyr Iman x Afnan Hanan ❤️ Zuheyr Iman - Hidup tanpa figura seorang bapa namun berjaya membesar menjadi seorang lelaki sempurna, hasil didikan empat wanita hebat dalam hidupnya. Di sebalik tenangnya seorang Zuheyr pada masa kini, tersimpan banyak luka yang dia pendam sendiri. Afnan Hanan - Gadis yang dibesarkan dengan kasih sayang yang tak pernah kurang. Moto hidupnya adalah 'apa yang dia nak dia akan dapatkan.' Tidak berminat dengan mana-mana lelaki sehinggalah Zuheyr Iman muncul dan membuatnya jatuh cinta pandang pertama. Keberanian Afnan Hanan melamar Zuheyr Iman berjaya menggugat ketenangan lelaki itu. Entah doa siapa yang tersangat kuat sehingga mudahnya mereka disatukan dalam satu ikatan suci. Hidup mereka umpama drama komedi. Si isteri yang kuat mengusik vs si suami yang teramat pemalu. Indahnya hidup mereka sehinggalah bayangan masa lalu kembali. Menghantui setiap langkah. Kenangan itu kembali dalam bentuk serpihan yang menyakitkan. Dugaan datang bertalu-talu. Luka silam yang kian sembuh kembali terbuka malah semakin parah angkara dendam. "Stop pushing me away! Hanan yang pilih Zuheyr! I know your worth! So please.. stay alive. I'm begging you, angel." -Afnan Hanan- "Stop calling me angel, I don't deserve to." -Zuheyr Iman- Kisah ini bukan sekadar kisah cinta antara dua manusia tetapi juga kisah kekeluargaan dan persahabatan. Juga kisah seorang lelaki berjuang untuk sembuh dari luka-lukanya. 🚨WARNING🚨 TW: TRINGGERING CONTENT (drugs, abusive, self-harm, suicide attempt, PTSD) 100% my idea No plagiarism allowed, thank you. Highest Rank #1 Healing #1 Healing Romance #1 Romance-thriller #1 Cinta #1 Persahabatan #1 Siblings #1 Trauma #1 Family #1 Keluarga #2 Wattpad Malaysia #3 Cinta selepas nikah #5 Revenge #6 Bromance #7 Clingy #7 Romance #10 Cute Start published: 1/1/2025
You may also like
Slide 1 of 10
DAULAT cover
Peluang Kedua Buatku | (c) cover
siapa Psiko? (selesai) cover
Tengku Devyn Aryan : Melting the Cold cover
Of Ruins and Roses cover
Meant To Be cover
KESAYANGAN TUN cover
Cinta Yang Telah Mati [ C ] cover
[OG] Her Angel cover
Takdir terakhir kita | OG cover

DAULAT

1 part Complete

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ Daulat mengisahkan dua jiwa yang bertemu di persimpangan takdir-Khasryna, seorang gadis yang berani melawan arus, dan Raed Haizil, pemuda yang berjuang memahami tanggungjawab dan erti kuasa. Perasaan Khasryna terhadap Haizil, seorang pelajar sains politik yang serius dan tegas, menjadikan hidupnya lebih rumit. Khasryna melihat Haizil bukan sekadar lelaki biasa-dia adalah simbol perjuangan, seseorang yang memegang erat prinsip keadilan dan kepercayaan -Party Man Bagi Haizil, Khasryna adalah teka-teki yang sukar difahami. Gadis itu tidak pernah berhenti tersenyum. Haizil dihantui konflik antara cita-citanya untuk memperjuangkan idealisme dalam dunia politik yang kotor dan keinginannya untuk cintanya, dia mula sedar sesuatu. Ketika dunia mereka gelap tiada jalan keluar, adakah cinta Khasryna dan Haizil cukup kuat untuk melangkaui batas politik dan konflik? Atau adakah mereka akan menjadi korban kepada permainan kuasa yang tidak mengenal belas? Dalam Daulat, setiap keputusan adalah pertaruhan. Setiap janji adalah ujian. Dan setiap cinta adalah perjuangan. 1 Bab merangkumi seluruh cerita. Complete ada ending.