💢Blurb💢
Bahagia itu pernah menjadi milik Raff Hayden dan Cheryl Julianna. Hidup mereka diuji tetapi cinta mereka saling melengkapi.
Namun, kepulangan Edrea Hermosa bersama anak kecil, Khai Hardean mengubah segalanya. Bukan kerana dia mahu merampas, bukan juga mencari ruang. Tetapi kerana keadaan memaksa. Kerana seorang anak yang sedang berperang dengan waktu.
Raff cuba setia, tetapi hatinya terikat. Cheryl mula goyah. Edrea tetap berpegang pada satu alasan kenapa dia kembali.
Dalam kekusutan itu, muncul satu rahsia lama. Rahsia itu bagaikan kifarah yang kembali menuntut harga. Dan apabila ia terbongkar, hanya satu persoalan yang tinggal. Siapakah yang benar-benar menang?
"I tak minta you pilih I, Raff. I cuma nak you selamatkan dia." - Edrea Hermosa
"Awak janji bahagia ni milik kita selamanya. Tapi kenapa sekarang hanya tinggal saya yang berjuang?" - Cheryl Julianna
"Saya masih cintakan awak, Chery. Tapi Endrea dan Khai perlukan saya." - Raff Hayden
"Mommy, kalau Khai tak sempat jumpa daddy, mommy cakap dengan daddy, Khai tetap sayang daddy," - Khai Hardean
Sakura Hati adalah kisah tentang cinta yang mekar lalu gugur, tentang rahsia yang menuntut harga. Dan tentang hakikat, kadangkala pilihan paling benar adalah pilihan yang paling melukakan.
Cerita aku 2 dunia yang berbeza. Aku tak tahu apa yang perlu. Aku cuma mampu tunggu dan tunggu sehingga sampai waktu itu. Hati yang tiap hari menangis langsung tak ku hiraukan. Kerana tiada apa yang mampu aku lakukan. Kerana ia terlalu JAUH.
***********
Satu hari duduk dekat rumah itu dah buat Dhiyyan sesak dengan anak lelaki tuan rumah itu. Ada sahaja cara dia untuk menyakitkan hati.
Dayyan- ' jangan harap aku terima kau dalam rumah ni. '
Dhiyyan tak mampu untuk buat apa-apa. Cukup bersyukur ada yang sudi mengutipnya. Tahan ajalah amarah pada si Dayyan itu Dhiyyan. Abang kau jugak!
Kehadiran firdaus sedikit sebanyak membuat hatinya berdegup pantas. Ayat manis lelaki itu membuatnya tersenyum sendiri walau hatinya melarang.
Firdaus - 'haissh... Daripada betapa dekat tasik ni baik you betapa dalam hati I. '
Namun masa depan siapa yang nampak. Parut peritnya tiada siapa yang tahu.
Apakah mampu dia harungi segala liku? Adakah lelaki itu mampu merawat luka peritnya dulu?
Dhiyyan - ' JAUH... Masih jauh lagi perjalanan kau Dhiyyan. Masih jauh! '