Nebula Radha || Og

Nebula Radha || Og

  • WpView
    Reads 53
  • WpVote
    Mga Boto 2
  • WpPart
    Mga Parte 1
WpMetadataReadOngoing
WpMetadataNoticeHuling na-publish Sun, Feb 1, 2026
WpInfo
Fiction
Romance
Hidupku tidak pernah mudah. Aku masih kecil ketika segalanya mula hancur- ibu pergi meninggalkan aku pada usia 10 tahun. Belum sempat aku sembuh, tahun berikutnya ayah pula menyusul. Sejak itu, aku terpaksa berpindah, menyesuaikan diri dengan suasana baru, rakan baru, sekolah baru... semuanya terasa asing. Aku membesar dengan luka yang tiada siapa nampak, kecuali diriku sendiri. Setiap malam aku berdoa, berharap ada sesuatu yang mampu membuatkan hidupku terasa kurang sepi. Namun hidup terus menguji. Aku berpindah lagi, membawa hati yang masih retak. Aku fikir, mungkin aku hanya perlu bertahan, sekadar menjadi pelajar biasa yang cuba melupakan kisah silamnya. Tapi takdir selalu datang dengan cara yang tidak kita sangka. Pada satu jamuan hari raya di sekolah, ketika aku duduk sendirian di hujung meja... dia hadir. Seorang lelaki tinggi, kurus, dengan senyuman manis dan sikap ceria yang membuatkan aku percaya, mungkin aku tidak lagi keseorangan. Dan tanpa aku sedar, hatiku kembali berdegup. Aku menyukainya sejak hari itu. Tapi aku masih terikat dengan hubungan lain. Aku simpan perasaan itu jauh di dasar hati, kerana aku tahu bukan masanya. Namun takdir tidak pernah silap. Ketika aku akhirnya melepaskan hubungan lama, dia tetap ada. Dia yang menemani, dia yang menghiburkan, dia yang membuat aku percaya... luka ini boleh sembuh. Ini bukan sekadar kisah cinta. Ini kisah tentang kehilangan yang mendidik, tentang berpindah demi mencari ruang untuk bertahan, tentang hati yang hancur namun perlahan-lahan kembali pulih... kerana kehadirannya. Dia bukan sekadar seseorang. Dia adalah selepas segalanya.
All Rights Reserved
#11
gembira
WpChevronRight
Sumali sa pinakamalaking komunidad ng pagkukuwentoMakakuha ng personalized na mga rekomendasyon ng kuwento, i-save ang iyong mga paborito sa iyong library, at magkomento at bumoto para lumago ang iyong komunidad.
Illustration

Magugustuhan mo rin ang

  • Racing King
  • Permission to Fall, Prof!
  • Bunga Jagaan Bodyguard [C]
  • Forever Isn't What We Promised
  • Sedetik Lebih [COMPLETE]
  • HELLO QASWAR
  • Derita Seorang Maira  | C
  • Jika Kau Yang Memiliki || COMPLETE
  • Takdir terakhir kita [C]
  • 𝐅𝐋𝐈𝐆𝐇𝐓 𝐓𝐎 𝐋𝐎𝐕𝐄 [𝐂]

Zayd Zidane & Mia Ayara Dimanjakan ibu bapa? Ya, dia memang anak manja. Cakaplah dia tak macam anak lelaki yang lain, itu memang hakikatnya. Terluka sikit? Kalut si ibu ubati. Tengah malam lapar mi segera? Dia tinggal minta kakak dan abangnya buatkan walaupun mereka separuh rela. Tapi antara kesemua adik beradiknya, dia lah yang paling banyak menolong. Dia rajin dekat dapur, macam orang perempuan. Dia ZAYD ZIDANE. Siapa sangka seorang gadis polos terjatuh suka dengannya kerana berpesonaliti begitu? Siapa saja yang tak jatuh suka dengan keperibadian Zayd? Zaman sekarang memang susah nak jumpa lelaki sepertinya. Nampak comel! Dia MIA AYARA. Namun, hatinya hancur berkecai apabila dia secara tak sengaja terlihat sisi kedua seorang Zayd Zidane. His hidden side. Sifat yang tersembunyi di sebalik topeng anak manja yang baik. "Kalau dah berani berlumba haram tu, tak takut dosa, takkan dengan parents sendiri pun takut? Pengecut gila." -Mia Ayara "Apa masalah kau dengan aku, hah?" -Zayd Zidane Perkahwinan mereka merupakan satu tragedi hitam dalam sejarah. Segala perbuatan Zayd akhirnya memakan dirinya sendiri sekaligus menghancurkan hati ramai orang biarpun masa terus berlalu. "Kita tak semesra itu, Zayd. That's one fact about us, yang kau patut tahu." -Mia Ayara [interconnected & spin-off Racing Flame] Start : 11Nov25

Karagdagang detalye
WpActionLinkMga Alituntunin ng Nilalaman