56. Akak, Jom Kahwin!

56. Akak, Jom Kahwin!

  • WpView
    Reads 9,124
  • WpVote
    Votes 814
  • WpPart
    Parts 61
WpMetadataReadComplete Mon, Jul 20, 2026
WpInfo
Fiction
Romance
Billionaires and CEOs
Destined Love
First Love
*EDISI NOVELPLUS* "Akak, jom kahwin!" Evelyn pandang wajah lelaki yang ada di depannya dengan riak bungkam seperti tertelan biji mempelam. Entah kenapa ajakan Kane itu seperti paluan gong di pendengarannya. Berdengung dan bungkam. "Tebiat apa kamu ni? Kan akak dah cakap. akak ni mak anak satu tanpa status sah. Tua 5 tahun dari kamu lagi tu, kamu masih nak ajak kahwin?" "Apa salahnya?" "Banyak salahnya. Kamu tu belajar pun belum habis lagi. inikan lagi bekerja. Entah mak ayah kamu restukan atau tidak, kamu tak tahu. Teringin nak kahwin? Jangan nak buat lawak." Kane menarik sengih meleret. "Mommy saya pun tua dari daddy saya. Bahagia aje mereka. Buktinya...dapat anak handsome macam saya ni." Ish!Budak ni la! Kening Evelyn mencerlung geram. "Kita ni kenal pun tak, inikan lagi berkawan lama. Kamu dah kenal ke akak ni macam mana?" "Kalau Daddy boleh kahwin dengan mommy saya lepas sebulan mereka berkenalan, kenapa saya tak boleh lepas kenal akak dekat dua bulan?" balas Kane dengan selamba. Evelyn dekat situ sudah buat muka tak percaya. Matanya naik turun kegeraman. Makin risau pulak dia fikirkan pengaruh parents Kane pada budak ni. "Akak, jom la kahwin!" "Tak ada...tak ada!Jangan nak mengada." Mula November 2025 Tamat Julai 2026
All Rights Reserved
#559
romance
WpChevronRight
Join the largest storytelling communityGet personalized story recommendations, save your favourites to your library, and comment and vote to grow your community.
Illustration

You may also like

  • Cinta Tanpa Ruang
  • [ C ] Mr Cold Bodyguard
  • Way back to you.
  • Cinta Yang Telah Mati [ C ]
  • Miss XL
  • DELETE
  • Rahsia Takdir Antara Kita
  • Emir Raid: Bunga | Complete
  • YUSUF ZULAIKHA ||©
  • C| Healed: Thalea Reanne

Karya pertama, Cinta Tanpa Ruang Karya ini hanyalah karya santai dan suka-suki saya sahaja. 📜 Nota: Karya ini adalah daripada saya sepenuhnya. Hak cipta terpelihara. Plagiat merupakan kesalahan serius dan dilarang sama sekali‼️📢 ___________________________________________ Mengisahkan tentang pasangan bahagia, Idris Maleeq dan Iffa Auferia, yang sedang menyulam niat untuk mendirikan rumah tangga yang harmoni dan bahagia. Namun, angan mereka musnah serta merta apabila kemalangan menimpa Iffa. Di hujung hayat Iffa, hanya satu permintaan yang dipinta buat Idris dan adiknya, Iman Aurelia, meneruskan perkahwinan idamannya. Permintaan yang diterima amatlah berat buat kedua-dua belah pihak. Sama ada calon, mahupun keluarga. Akhirnya, kata sepakat menjadi jawapan semua pihak. Tiada yang dipaksa dan tiada yang terpaksa. Maka terjalinlah sebuah ikatan tanpa cinta, hanya janji untuk mencuba membahagiakan antara satu sama lain. "Kita cuba, kita ikhtiar. Aku yakin, Allah pandang usaha kita. Yang selebihnya tawakal." -Idris Maleeq- Perkahwinan bukan permainan. Mereka cuba dan mencuba sehingga salah seorang daripada mereka berasa sesuatu yang lain sedang menghuni jiwanya. Namun, kata hanyalah kata. Iman tersedar satu perkara, selama hubungan ini berlayar, segala cubaan bukan mendorong ke arah cinta, namun hanya keselesaan. "Layanan awak pada saya hanya seperti seorang abang yang melindungi adiknya. Awak tak pernah beri ruang pada diri awak untuk cintakan saya." -Iman Aurelia- Hakikat itu menghentam dasar hati Iman, jiwanya sudah terikat cinta. Hatinya sudah mula memberikan reaksi apabila nama Idris disebut. Namun, mengapa ruang diantara mereka semakin menipis? Tujuan mereka semakin kabur. Adakah karam ditelan lautan, atau terus berlayar menuju pelabuhan? Ya Allah, sesungguhnya aku berserah sepenuhnya kepada engkau...

More details
WpActionLinkContent Guidelines