Mandalika. Seorang penjaga sempadan dua dunia, yang ditakhtakan sebagai ratu di Samayungga beratus tahun lamanya. Kemangkatan Mandalika sebelumnya, meninggalkan takhta yang tidak diwarisi sesiapa.
Mahardika Lelana, seorang pemuda yang baru sahaja diangkat sebagai penasihat diraja yang baharu. Pelantikannya disambut dengan rahsia yang tersimpan kemas berbelas tahun lamanya. Ternyata tugas pertamanya sebagai penasihat diraja tidak mudah. Demi Samaryungga, Mahardika perlu merentas sempadan dunia, membawa pulang waris yang hilang.
Ayura Lengsari, dia seorang gadis biasa yang tinggal berdua dengan adik lelakinya, Aska Arjuna di sebuah kota kecil di Melayana. Meskipun dibesarkan di rumah anak yatim tanpa kasih dari ayah dan ibu, Ayura bahagia dengan kehidupannya yang sederhana bersama Aska. Namun, kehilangan Aska menggoncang keras dunia Mayura.
Takdir menemukan Mahardika dan Ayura. Ayura dengan misi mencari Aska, bersetuju untuk pergi ke Samaryungga bersama Mahardika. Namun, tanpa disangkanya, dia diangkat sebagai Mandalika Samaryungga.
"Jiwa yang hampir mati masih menyimpan jeritan yang belum reda."
Idea since 2021
⚠️TW: Violence, murder, trauma, grief, blood, mental breakdown, dissociation, emotional abuse, self-blame, and death.
start: 28 July 2025
end: still ongoing