
Rhea Eleanor, gadis lepasan sekolah menengah yang baru melangkah ke dunia dewasa, hanya mahu membeli barang keperluan universiti di mall bersama sahabatnya. Tapi takdir punya cara pelik untuk memperkenalkan seseorang satu langkah tergesa, satu cawan coffee latte, dan satu insiden yang membuatkan baju lelaki asing itu basah... dan marah. Dia bukan lelaki biasa. Tengku Hades Haider nama yang sejuk seperti sikapnya. Dingin, beku, dan tak mudah jatuh cinta. Baju putihnya yang terkena latte menjadi titik mula kepada pertemuan yang penuh tegang. Tanpa banyak bicara, dia menyuruh Rhea ganti rugi dengan membeli pakaian baru. Dan apabila Rhea teragak-agak, dia membuang baju itu lalu membalingnya tepat ke wajah Rhea, menyuruhnya buang atau buat apa saja. Tapi Rhea bukan gadis yang mudah tunduk. Dengan hati yang berdegup dan tangan yang menggigil, dia ambil baju itu, mencuci bersih dengan penuh tekad, dan memulangkannya semula - bukan kerana takut, tapi kerana dia percaya... rasa hormat tak sepatutnya dibalas dengan amarah. Dan dari situ, sesuatu mula berubah. Tengku Hades mula melihat Rhea bukan sebagai gadis yang cuai, tapi sebagai seseorang yang berani. Rhea pula mula mengenal sisi lelaki yang selama ini diselubungi dingin dan mungkin, ada rasa yang mula mencair. Dalam secawan latte, Rhea tak sangka akan jumpa sejuta rasa. Tapi semuanya bermula dengan satu tumpahan, satu balingan, dan satu hati yang enggan tunduk.All Rights Reserved
1 part