11 parts Ongoing REPRESENTING, THEIR LOVE STORY
Evan Leister - Seorang pemain sepak terkenal bagi kelab Barcelona, berbangsa melayu campuran Sepanyol. Evan sudah lama berjinak dalam bidang bola sepak dan berjaya menempah nama di seluruh pelosok dunia. Sifatnya yang dingin dan kasar itu mendapat perhatian dari para wanita untuk memenangi hatinya. 
Andrea Vale - Seorang influencer terkenal yang berasal dari Sepanyol, namun menetap di Malaysia bagi melanjutkan pelajarannya. Andrea kemudiannya kembali ke tanah air selepas berjaya mengakhirkan pembelajarannya untuk bertemu dengan ayahnya, seorang jurulatih lagenda bagi kelab Barcelona. Kunjungannya itu membawa nasib malang apabila ayah Andrea memperkenalkan Evan kepada Andrea sebagai ' anak didik kesayangannya.' 
Andrea menetap di sebuah villa milik keluarganya sendiri. Disebabkan Evan juga menetap di villa yang sama untuk menyelesaikan hal peribadi dengan bekas jurulatihnya, kehadiran Evan menganggu ketenangan hidup Andrea. Di mana sahaja Andrea berada di pelosok villa itu, di situ jugak Evan akan muncul. Bagi Andrea, Evan merupakan seorang yang belagak dan kerek manakala Evan pulak menganggap Andrea seorang yang manja dan kekanak-kanakan. Perang dingin mereka bermula apabila gambar mereka berdua di villa itu tersebar disebabkan oleh paparazzi Evan sendiri.
Mereka dipaksa untuk menjalinkan hubungan palsu oleh ayah Andrea sendiri. Demi menjaga nama keluarga dan kelab, mereka bersetuju. 
Damn, I hate you so much! - Andrea Vale
I hate you too, idiot. - Evan Leister
Bila bibit-bibit cinta mulai tumbuh, pada masa itulah akan ada kesalahfahaman. Persoalannya, mampukah mereka bertahan dengan satu sama lain?