Story cover for CAPTAIN ZAYEN REIZ by waffabell
CAPTAIN ZAYEN REIZ
  • WpView
    Reads 27
  • WpVote
    Votes 2
  • WpPart
    Parts 2
  • WpView
    Reads 27
  • WpVote
    Votes 2
  • WpPart
    Parts 2
Ongoing, First published Oct 10
Mature
2 new parts
Zayen Reiz nama yang disegani di langit biru. Seorang kapten penerbangan berdisiplin, berdedikasi, dan sentiasa kelihatan sempurna di mata dunia. Lelaki itu hidup dalam aturan ketat, berpaksikan logik dan tanggungjawab. Namun, di sebalik kehebatan itu, tersembunyi sisi dingin yang sukar dijinakkan.

Bagi Zayen, cinta bukan keutamaan. Dia tidak punya masa untuk bermainan hati, apatah lagi terhadap seseorang seperti Salsabella Haura .


      Salsabella Haura... wanita yang mencuri tumpuan di mana-mana dia melangkah. Cantik, menggoda, penuh gaya, dan sedikit 'diva'. Bagi Zayen, Salsabella bukanlah 'taste'nya kerana sifat terlalu menonjol, terlalu seksi, terlalu berani.

Namun bagi Salsabella, Zayen adalah satu-satunya lelaki yang benar-benar dia mahu. Walaupun ditolak mentah-mentah, walaupun dihina kerana ketulusannya dianggap mainan, gadis itu tetap mengejar tanpa tahu bahawa setiap langkahnya semakin membangkitkan amarah dan dendam dalam hati sang kapten.

Salsabella menagih cinta lelaki itu, dengan hati tulus yang tak pernah kenal erti malu. Dia jatuh cinta pada senyuman Zayen , pada cara lelaki itu memandang dunia. Tetapi yang dia dapat hanyalah penolakan kasar, kata-kata dingin yang merobek hatinya tanpa belas kasihan.

Satu insiden kelam di masa lalu telah membuatkan Zayen menyimpan bara terhadap keluarga Salsabella. Bagi dirinya, keluarga gadis itu punca segalanya punca kehilangan, punca kesakitan yang tidak pernah sembuh.

Namun semakin dia menolak, semakin gadis itu mendekat. Semakin dia membenci, semakin hati yang beku itu retak dengan kehangatan gadis yang tidak pernah berputus asa.

Dan dalam permainan takdir yang tidak mereka minta,
antara dendam dan cinta,
siapakah yang akhirnya akan menyerah 
dan siapakah yang akan terluka lebih dahulu?
All Rights Reserved
Sign up to add CAPTAIN ZAYEN REIZ to your library and receive updates
or
Content Guidelines
You may also like
HER SILVER BULLET (OG) by HazzelcAvellana
1 part Ongoing Mature
POV3 (2024-2025) "With a single shot, he answered everything!" Entah kenapa, pertama kali mendengar suara lelaki yang lalu di belakangnya itu buatkan Syurah sanggup kejar lelaki itu sehingga ke kawasan parking kereta. "May I help you?" Danish Izz Tapi bila dia dah disoal begitu, tak tahu pula Syurah nak jawab apa. Erk... Namun apa yang Syurah tahu, suara lelaki itu sangat 'sesuatu' walaupun dia tak mampu jelaskan kenapa... Kejadian dia kejar Danish itu bukanlah pertemuan terakhir mereka. Ketika dia cuba cari kucingnya yang tersesat masuk ke rumah jirannya, Syurah bertembung lagi dengan Danish. Masa ni, lelaki itu yang tangkap dia menjadi penceroboh tak diundang. Double erk! Rupanya Danish bukan seorang yang asing kepadanya sebelum ini apabila Syurah berjumpa dengan Datin Madinah, mummy kepada lelaki itu. Patutlah suara lelaki itu sangat familiar di telinganya. Jadi, apa pula masalah Si Danish tu buat-buat bodoh di depan dia sebelum ini? "Kenapa tak mengaku yang kita kenal sedangkan kita satu mummy?" Syurah Asyfar. "Sejak bila mummy aku beranakkan kau?" Danish Izz. "Siapa cakap satu mummy mesti kena beranak dulu? Siapalah tahu, mummy Abang Izz tu jadi mak mertua Syurah satu hari nanti? Haha!" Syurah Asyfar. Namun, siapa sangka kata-kata Syurah itu jadi kenyataan pula apabila dia benar-benar menjadi isteri kepada Danish Izz setelah itu. Malahan, perkahwinan mereka ini merupakan permulaan yang menjadi pembongkaran kepada segala-galanya. Termasuklah kematian walidnya, Encik Asyraf yang sebenarnya merupakan satu pembunuhan!
Only You Mr.Haziq Naufal (New Version) by arezays
31 parts Ongoing
HAZIQ NAUFAL Seorang yang jenis 'Happy Go Lucky' di antara kawan-kawan baiknya,mempunyai rupa yang sangat kacak,tubuh badan yang tegap,mempunyai lesung pipit di kedua-dua belah pipinya,gentleman dan dia juga boleh dikatakan playboy.Tetapi playboy yang susah di dekati dan di dapati.Dia juga di kategorikan jejaka terhangat kerana ramai perempuan yang tergilakan dirinya tetapi dia hanya berkenalan begitu sahaja dengan mereka.Dia juga merupakan orang kepercayaan kepada kawan baiknya sendiri iaitu Tengku Firash Ziyad.Segala masalah yang dihadapi di syarikat itu,dialah yang akan selesaikan. MISYA MILAN Seorang yang lemah lembut,polos,mempunyai wajah yang sangat menawan sehingga ramai lelaki yang cuba nasib untuk mendekati dirnya tetapi ditolak mentah-mentah kerana dia sudah mempunyai seorang teman lelaki.Dia juga datang daripada keluarga yang kaya tetapi sedikit pun dia tidak bangga akan kekayaan keluarganya kerana baginya semua sama sahaja tiada yang beza.Dia juga merupakan satu-satunya kawan baik kepada Nurul Camelia Adriana.'Cafe Melati' merupakan cafe yang dibuka dengan usahanya sendiri.Semua hanya mengenali dirinya sebagai owner kepada cafe itu tetapi tiada siapapun yang mengetahui bahawa dirinya seorang anak jutawan Filipina. ************ "Hye nak kenal boleh?" "Sorry,tak berminat" "Not now but...oneday you will take back your words babygirl" ********** "Will you marry me Misya Milan?" "Aku janji akan jaga kau sehingga akhir hayat aku dan please trust my action if you don't believe in my words" ******* Tidak selamanya kebahagiaan akan menjadi milik mereka berdua.Tiba-tiba hadir orang ketiga dikala mereka sedang mengecapi kebahagiaan.Apa yang mengejutkan Haziq adalah orang itu merupakan kekasih lamanya. "Kenapa waktu aku dah lupakan kau,kau muncul kembali" "Do you still love her,right?" ADAKAH CINTA AKAN BERPUTIK KEMBALI? APAKAH YANG TERJADI KEPADA RUMAHTANGGA YANG DIBINA? BAGAIMANA PERASAAN MISYA?
[OG] Her Angel by IzzIman_27
60 parts Ongoing
[SLOW UPDATE] Genre: Healing Romance + Slice of Life Zuheyr Iman x Afnan Hanan ❤️ Zuheyr Iman - Hidup tanpa figura seorang bapa namun berjaya membesar menjadi seorang lelaki sempurna, hasil didikan empat wanita hebat dalam hidupnya. Di sebalik tenangnya seorang Zuheyr pada masa kini, tersimpan banyak luka yang dia pendam sendiri. Afnan Hanan - Gadis yang dibesarkan dengan kasih sayang yang tak pernah kurang. Moto hidupnya adalah 'apa yang dia nak dia akan dapatkan.' Tidak berminat dengan mana-mana lelaki sehinggalah Zuheyr Iman muncul dan membuatnya jatuh cinta pandang pertama. Keberanian Afnan Hanan melamar Zuheyr Iman berjaya menggugat ketenangan lelaki itu. Entah doa siapa yang tersangat kuat sehingga mudahnya mereka disatukan dalam satu ikatan suci. Hidup mereka umpama drama komedi. Si isteri yang kuat mengusik vs si suami yang teramat pemalu. Indahnya hidup mereka sehinggalah bayangan masa lalu kembali. Menghantui setiap langkah. Kenangan itu kembali dalam bentuk serpihan yang menyakitkan. Dugaan datang bertalu-talu. Luka silam yang kian sembuh kembali terbuka malah semakin parah angkara dendam. "Stop pushing me away! Hanan yang pilih Zuheyr! I know your worth! So please.. stay alive. I'm begging you, angel." -Afnan Hanan- "Stop calling me angel, I don't deserve to." -Zuheyr Iman- Kisah ini bukan sekadar kisah cinta antara dua manusia tetapi juga kisah kekeluargaan dan persahabatan. Juga kisah seorang lelaki berjuang untuk sembuh dari luka-lukanya. 🚨WARNING🚨 TW: TRINGGERING CONTENT (drugs, abusive, self-harm, suicide attempt, PTSD) 100% my idea No plagiarism allowed, thank you. Highest Rank #1 Healing #1 Healing Romance #1 Romance-thriller #1 Cinta #1 Persahabatan #1 Siblings #1 Trauma #1 Family #1 Keluarga #1 Wattpad Malaysia #3 Cinta selepas nikah #5 Revenge #6 Bromance #6 Cute #6 Clingy #7 Romance #15 Love Start published: 1/1/2025
Billionaire vs Millionaire | COMPLETE by CikAiZa243
108 parts Complete
🏆#1 ranking Romance (29.10.24) 🏆#1 ranking Novel Melayu (22.2.22)/ (22.2.23) 🏆#1 ranking Islamik (06.06.23) 🏆#1 ranking Romantik (20.2.23) Seorang gadis kacukan Inggeris dan Palestin yang diambil menjadi anak susuan oleh sepasang suami isteri warganegara Malaysia yang menetap di Mesir pada ketika itu. Humayraa Syahlaa, langsung tidak pernah mengetahui identiti sebenar ibu bapa kandungnya hatta melihat wajah mereka pun tidak pernah. Sakit rindu itu sangat menyeksakan terutama sekali apabila kita tidak dapat membayangkan wajah mereka. Fahryil Danial, seorang lelaki tampan mempunyai darah Thailand, merupakan anak tunggal kepada Tan Sri Aminuddin dan Puan Sri Jeanne. Dia terikat dalam situasi yang memaksanya untuk berkahwin dengan Humayraa, walaupun hatinya telah dimiliki oleh teman wanitanya, Juvieya Aima. Ada sebab mengapa Fahryil sangat mencintai Juvieya Aima. Fahryil tidak ingin mempertahankan hubungan perkahwinan mereka manakala Humayraa pula tidak ingin menjadi janda pada usia yang sangat muda. Permainan yang dicipta, 'Billionaire vs Millionaire' merupakan cagaran serta taruhan mereka. Tanpa disedari, perkahwinan paksa ini sekadar asbab untuk mereka mencari diri mereka yang sebenar. Satu persatu kisah lama yang 'mindblowing' tersingkap dan menjawab persoalan mereka. Siapakah "Billionaire" dalam kisah ini dan siapakah "Millionaire" itu? "Satu demi satu peristiwa yang berlaku merupakan jawapan sang Tuhan untuk doa hamba-hamba-Nya." ..... "Kita semua ialah watak-watak dalam cerita novel, Humayraa! Kau ialah watak utama dalam novel kau. Aku ialah watak utama dalam novel aku. Cerita kita berbeza tetapi, Penulis yang sama." (Syarha Annisyha) *Amaran: terdapat penggunaan bahasa kesat di dalam novel ini. Diharapkan supaya para pembaca tidak mencontohinya.
You may also like
Slide 1 of 10
SEPARUH AKU,KAMU ( SLOW UPDATE ) cover
DCruiz ✔※ cover
HER SILVER BULLET (OG) cover
OG |  Love Revenge cover
Only You Mr.Haziq Naufal (New Version) cover
Takdir terakhir kita | OG cover
[OG] Her Angel cover
Izz Syakir (COMPLETE) cover
Billionaire vs Millionaire | COMPLETE cover
CINTA LELAKI TERAGUNG (complete) cover

SEPARUH AKU,KAMU ( SLOW UPDATE )

6 parts Ongoing Mature

SIXTH ⚡HAN X AIRIS ⚡ Airis,seorang wanita berpewatakan kasar.Perlu kasar kerana hidupnya bertimpa-timpa ujian.Anak sulung dengan ketiadaan sosok ibu buatkan hidupnya berantakan. "Pak mintak maaf.pak terdesak."- pak Dain. "Ucoff..takut.. Ucof susahkan kak Ai." -Yusoff "Mak patut lahirkan Ai sebagai lelaki. Ai susah hidup macam ni mak."- Airis Makin berantakan hidup bila perlu berlari dan sembunyikan diri selepas pak Dain berhutang dengan dua Ahlong serentak dan jadikan Airis sebagai penjamin untuk langsaikan hutangnya itu. -------------------------------------------- Han Benjamin,lelaki bengis kerana pekerjaannya memerlukan dirinya jadi begitu. "Aku ahlong..bukan nak tolong."- Han Kerana hutang mereka bertemu,kerana dendam mereka menyatu. MATURE CONTENT 🔞 Kandungan bacaan ini mengandungi elemen dewasa. Tidak sesuai untuk bawah 18 tahun. TRIGGERED WARNING CONTENT ⚠️ Amaran: Kandungan bacaan ini mungkin mengandungi unsur yang boleh mengganggu sensitiviti pembaca. START :21 Nov 2024 END :