[AUREVATH UNIVERSE]
Hayyaz Aqtar, seorang mahasiswa jurusan sejarah di sebuah universiti tempatan, tidak pernah mempercayai mitos dan legenda lama. Baginya, sejarah hanyalah catatan manusia, bukan kisah dongeng para dewa dan raja yang kononnya memerintah dunia.
Namun, pandangannya mula berubah apabila dia menemui sebuah buku usang di sudut terpencil perpustakaan kampus. Kulitnya hitam pekat, dihiasi ukiran emas yang hampir pudar, tertulis tajuknya: "Deroka: Secret of Empire".
Rasa ingin tahu mula menguasai Hayyaz. Walau tiada sebarang rekod tentang buku itu dalam sistem perpustakaan, dia tetap meminjamnya, merasakan seolah-olah sesuatu dalam dirinya mendesak untuk membaca isi buku misteri itu.
Malam itu, ketika gerhana bulan perlahan-lahan menelan cahaya langit, Hayyaz duduk di biliknya sambil menatap helaian pertama buku tersebut. Tulisan di atas kertas tua itu seakan hidup, bergetar di bawah cahaya bulan yang menembus masuk dari jendela.
Dan saat matanya teralih seketika ke arah langit yang memerah di luar jendela, buku itu tiba-tiba bercahaya terang, menyilaukan seluruh biliknya. Dalam sekelip mata, arus cahaya itu menarik tubuhnya masuk ke dalam pusaran aneh yang tidak bisa dia lawan.
Apabila Hayyaz membuka matanya semula, dia tidak lagi berada di biliknya. Melainkan, dia berdiri di atas tanah di tengah-tengah pasar yang sibuk dan meriah. Orang ramai berpakaian seperti zaman pertengahan.
Hayyaz terpinga-pinga, jantungnya berdegup kencang. Dia cuba mencari telefon di dalam poket, namun tiada. Buku yang tadi dipegang kini lenyap entah ke mana.
Tidak lama kemudian, satu paparan bercahaya muncul di hadapan matanya seolah-olah sebuah sistem holografik.
[Selamat Datang ke Deroka! Wahai Bintang ke-7]
Kata-kata itu berkelip, sebelum muncul deretan tulisan asing yang perlahan-lahan diterjemahkan di hadapan matanya. Hayyaz tersentak. Nama dan wajahnya tertera di situ, bersama status, tahap, dan satu ayat ganjil yang tertulis "Wahai Bintang"