Di balik setiap senyuman tenang,ada hati yang pernah hancur.Di balik setiap luka,ada cerita yang menunggu untuk disembuhkan."Arrabella Grace" bukan sekadar kisah cinta ia adalah perjalanan seorang gadis yang terpaksa berdamai dengan masa lalu,menghadapi bayangan yang menghantui, dan belajar mempercayai cinta semula.Trilogi ini membawa pembaca menyusuri jalan panjang kehidupan Bella,seorang gadis kecil yang kehilangan kasih ayah,menjadi wanita muda yang terperangkap dalam trauma,hingga bangkit sebagai seorang wanita yang tahu nilai dirinya.
Buku 1:Luka Yang Tidak Kelihatan~trauma, kehilangan,permulaan,kepercayaan.
Kehilangan bukan sekadar perpisahan ia meninggalkan bekas yang sunyi tapi dalam.Bella membesar dengan kenangan samar tentang papanya dan bayangan masa lalu yang tak pernah pergi.Kemunculan Uncle Adrian sahabat lama papanya,memberi sedikit sinar namun di balik kebaikan itu tersembunyi niat gelap.Dalam masa yang sama,takdir mempertemukannya dengan Dr. Rayyan Iskandar,seorang doktor muda yang diam-diam memerhati dan memahami luka Bella dengan cara yang tidak disedari.
Buku 2:Retak Dalam Cahaya~manipulasi, psikologi,misteri,perjuangan dalaman
Saat kepercayaan diberi,tidak semua orang layak menerimanya.Uncle Adrian mula menunjukkan sisi sebenar perlahan,licik,dan berbahaya.Bella berada dalam perang antara masa lalu dan masa kini,antara ketakutan dan harapan.Rayyan pula menjadi pelindung senyap,mula menyelami sisi gelap yang mengelilingi Bella dan menyiasat kebenaran yang sudah lama ditutup rapat.
Buku 3:Bayangan Terakhir~pembebasan, keberanian,cinta,penutup
Untuk membebaskan diri,Bella perlu berdiri melawan masa lalunya sendiri.Semua rahsia terbongkar niat Adrian,masa lalu keluarganya,dan luka yang selama ini terkubur.Bella bukan lagi gadis rapuh.Bersama Rayyan,dia belajar cinta sejati bukan sekadar melindungi,tetapi membebaskan.Dalam pertembungan antara dendam dan penyembuhan Bella harus memilih membiarkan bayangan menelannya,atau berdiri menatap cahaya
Tengku Carlind x Maisarah Amaliana
"I love you, my wife."
Kehidupan Maisarah tidak sama dengan kehidupan keluarga lain. Keluarga mereka tidak pernah menganggap Maisarah adalah sebahagian keluarganya. Pada ketika ini Maisarah di halau dari rumah oleh ibunya sendiri.
Sudah 5 bulan Maisarah duduk di bawah jambatan. Tidak ada seorang pun yang mahu tolongnya. Pada suatu hari....
"Cik?" - Tengku Carlind
"Saya minta maaf kalau kehadiran saya membuatkan keluarga encik tidak
selesa." - Maisarah Amaliana
Pertemuan yang tidak jangka membuatkan mereka berdua dalam satu ikatan.
Maisarah dan juga Tengku Carlind saling mencintai. Tapi mereka tidak sedar bahawa....
"But why did you choose to keep all this a secret?"