Ivan Donovan: The Masked Killer

Ivan Donovan: The Masked Killer

  • WpView
    Reads 77
  • WpVote
    Votes 7
  • WpPart
    Parts 2
WpMetadataReadMatureOngoing
WpMetadataNoticeLast published Thu, Oct 16, 2025
Ivan Donovan membesar dengan bayang darah dan siren polis yang tak pernah padam. Ayahnya, seorang pegawai polis yang jujur, mati ditembak oleh rakan sepasukannya sendiri sekumpulan pegawai korup yang cuba melarikan diri selepas menyelewengkan bukti besar kes rasuah. Ivan menyaksikan segalanya pada usia sembilan tahun. Sejak malam itu, dia berhenti percaya kepada keadilan. Dua puluh tahun kemudian, Ivan menjadi lelaki yang cuba hidup dengan cara biasa tapi di sebalik wajah tenangnya, fikirannya terpecah menjadi empat. Dalam dirinya, lahir tiga bayang yang tidak pernah tidur: Raze, pembela keadilan yang menukar dendam menjadi peluru. Elara, suara lembut yang menenangkan, tapi juga menghasut dengan kasih sayang yang beracun. Noel, kanak-kanak sembilan tahun yang masih terperangkap di malam pembunuhan ayah mereka. Ivan sendiri tidak sedar bila dunia nyata dan dunia dalam kepalanya bertukar tempat. Setiap kali "hilang masa", mayat seorang pegawai polis akan ditemui dengan leher terikat tali, bunga ros merah di tangan, dan doa pendek terukir di dinding: "Untuk yang lupa makna keadilan." Ketika kebenaran mula terbongkar, Noel alter kanak-kanak itu akhirnya membuka memori sebenar malam ayah mereka dibunuh. Ia bukan sekadar kehilangan, tapi akar kepada segala kehancuran. Ivan sedar: setiap darah yang tumpah bukan membalaskan kematian ayahnya, tetapi mengulangi tragedi itu dengan wajah yang berbeza. Dalam pertarungan terakhir antara realiti dan halusinasi, Ivan berdiri di depan cermin yang retak, menatap pantulan yang berubah-ubah antara dirinya, Raze, dan Declan bertanya soalan yang tak lagi punya jawapan: "Siapa sebenarnya pembunuh?"
All Rights Reserved
Join the largest storytelling communityGet personalized story recommendations, save your favourites to your library, and comment and vote to grow your community.
Illustration

You may also like

  • Fath's Lily (SU-OG)
  • NEXUS [SU]
  • Mrs. Ariq Ayden
  •  The Devil's 𝐓𝐫𝐞𝐚𝐬𝐮𝐫𝐞
  • 𝗚𝗛𝗢𝗦𝗧 𝗢𝗙 𝗗𝗘𝗖𝗘𝗜𝗧
  • Mr. Secret Admirer [C]
  • C | Obsessed Mafia: Tengku Carlind
  • SENDIRI [ BY F] [COMPLETE]
  • Mi Señora
  • KETAGIH

𝓓 𝓪 𝓻 𝓴 𝓡 𝓸 𝓶 𝓪 𝓷 𝓬 𝓮 𝓢 𝓽 𝓸 𝓽 𝔂 : Bagi dunia, dia adalah Leila. 𝑱𝑨𝑺𝑴𝑰𝑵𝑬 𝑳𝑬𝑰𝑳𝑨. Seorang gadis yang hidupnya hanya dihiasi aroma tepung dan belas kasihan. Namun bagi 𝑭𝑨𝑻𝑯 𝑯𝑨𝒀𝑫𝑨𝒁, gadis itu adalah takdir yang tersalah letak. Dari balik dinding yang dipenuhi skrin monitor, Fath adalah pencatur dalam dunia kecil Leila. Dia melihat apa yang tidak dilihat orang lain. Dia merakam apa yang Leila lupakan. Setiap gerak-geri gadis itu adalah babak dalam filem kegemarannya. Tapi, memerhati dari jauh tidak lagi mencukupi. Satu rencana rapi telah disusun. Satu tragedi bakal menjadi jambatan untuk dia melangkah masuk. Fath tidak mahukan Leila yang cacat dengan memori dunia luar. Dia mahukan Lily Mikaela, seorang wanita suci yang hanya punya memori tentang dia, dan hanya dia. Mampukah Fath mencipta semula wanita yang telah lama menjadi obsesinya? Atau adakah kebenaran akan merobek syurga palsu yang dibina dengan darah dan tipu daya? Apabila garis antara cinta dan kegilaan mula terhapus, hanya satu perkara yang pasti bahawa Fath tidak akan sesekali melepaskan apa yang sudah menjadi miliknya. Walaupun nyawa menjadi galang gantinya. ​"You are my Lily Mikaela. Then, now, and until your very last breath." ​⚠️ EXTREME WARNING: This story contains dark, toxic themes and graphic violence. It explores a twisted obsession that deviates far from any moral or religious values. Mature readers only. • ​The characters are purely fictional. This story has no relation to any religion. ​⚠️ STORYLINE WARNING: A complex and tangled plot. The author created this story spontaneously, and the direction may be unpredictable. Please be advised that the content is highly disturbing. Start: 13/2/2026 End: ??/??/2026

More details
WpActionLinkContent Guidelines