Story cover for Tanpa Jejak, Tanpa Kata by Adwa_Nafeesa
Tanpa Jejak, Tanpa Kata
  • WpView
    Reads 26
  • WpVote
    Votes 1
  • WpPart
    Parts 5
  • WpView
    Reads 26
  • WpVote
    Votes 1
  • WpPart
    Parts 5
Ongoing, First published Oct 15
2 new parts
Setelah ditinggal tanpa sebarang kata oleh bekas tunangnya, Yasmin Izara mengambil keputusan berhijrah ke kota London. Namun, siapa sangka bahawa encik bekas tunang bakal menjadi jiran di apartment barunya? Baru sahaja dia mahu melupakan kisah silam mereka, Ryan Mikael cuba menebus peluang kedua - rupa-rupanya, ada kisah yang tidak terungkap disebalik perpisahan mereka berdua.
All Rights Reserved
Sign up to add Tanpa Jejak, Tanpa Kata to your library and receive updates
or
Content Guidelines
You may also like
Of Ruins and Roses by KaelAuren_
125 parts Complete
Rayyan Harith tidak pernah lupa malam itu. Seorang pakar bedah muda. Dia menyaksikan sendiri tiga nyawa ditarik dalam satu kemalangan tragik-termasuk adik kandungnya sendiri. Namun yang paling menghantui hidupnya ialah, sepasang suami isteri yang gagal diselamatkannya... hingga meninggalkan seorang gadis yatim piatu. Gadis itu, kini bergelar wanita berdikari bernama Aira Humaira. Pemilik kafe comel bernama Pawse & Sip, tempat di mana manusia melepaskan lelah sambil membelai kucing sebagai penyembuh luka jiwa. Tuah, satu-satunya saksi bisu yang menjadi penguat Aira selama ini. Tanpa saling mengenali, Rayyan dan Aira ditemukan semula oleh takdir. Namun, rahsia masa lalu terus menghantui. Aira tidak tahu lelaki itu ialah doktor yang cuba sedaya upaya menyelamatkan ayahnya pada malam kejadian. Rayyan pula hidup dalam dilema-antara menyembunyikan identiti atau jujur dan kehilangan wanita yang perlahan-lahan dia cintai. Tatkala luka lama mula berdarah kembali, dugaan bertimpa. Hasutan, fitnah, keluarga yang menolak, kehilangan, perpisahan... hingga Aira dan Rayyan diuji antara percaya dan kecewa, antara menanti dan melepaskan. Akan adakah bahagia buat dua jiwa yang luka? Atau takdir sekali lagi memilih untuk memisahkan mereka? "π™ΌπšŠπš—πšŠ πš”πšŠπšž, πšœπšŠπš’πšŠπš—πš? π™ΉπšŠπš—πšπšŠπš— πšπš’πš—πšπšπšŠπš•πš”πšŠπš— πšŠπš”πšž." - Rayyan Harith. "π™°πš’πš›πšŠ πšπšŠπš” πš‹πš˜πš•πšŽπš‘. π™°πš’πš›πšŠ πšπšŠπš” πšœπšŠπš—πšπšπšžπš™. π™°πš’πš›πšŠ πš–πš’πš—πšπšŠ πš–πšŠπšŠπš." - Aira Humaira.
[ HIATUS ] Healer's Heart : Captain Yazzed Qayyum by fiqalynaaa
53 parts Ongoing
Muhammad Yazzed Qayyum | Nur Darina Farissa Bagi Darina Farissa, kerjaya dan keluarga adalah segala-galanya bagi dirinya, perasaannya pula diletakkan ke tepi. Sudah beberapa kali dia didesak oleh orang sekeliling, kata mereka dengan umur Darin semakin meningkat dewasa, tidak elok jika bersendirian lama-lama. Takut tidak laku sahaja nanti. Sehingga lah teman baiknya, Mawar si pakar 'matchmaker' terhandal mengatur temu janji untuknya. Darin melayankan saja walaupun dia memang tiada niat mencari cinta. Dia bertemu dengan Yazzed Qayyum. Kebetulan, Yazeed juga sedang didesak oleh maminya supaya cepat-cepat mencari jodoh. Temu janji pertama mereka, gagal. Darin melarikan diri walhal mereka masih tidak habis berbual. Yazzed hanya redha, mungkin bukan jodoh mereka. Kali kedua, mereka bertemu di kenduri kahwin kawan mereka. Namun Darin tidak mengecam Yazzed. Kenduri kahwin tersebut berakhir dengan insiden memalukan bagi Darin. Darin mula menyimpan dendam dengan Yazzed sejak daripada itu. Mereka bertemu untuk ke sekian kali di hospital tentera, Darin bertugas selama 3 bulan di hospital tentera di kem Yazzed. Bermula lah sesi kejar mengejar. Awalnya Darin jual mahal, lama-lama luluh juga hati apabila setiap kali dia dilanda masalah, Yazzed yang akan menjadi hero untuknya. Namun hati Darin ragu-ragu, dia masih terperangkap dengan masa lalu. Walaupun kehidupan Yazzed penuh dengan disiplin dan keberanian sebagai anggota pasukan khas, menghadapi hati Darin yang tertutup akibat kehilangan, bukanlah misi mudah. Dia tahu, untuk menawan hati Darin, dia perlu sabar dan memahami luka yang dibawa gadis itu. "Saya... tak pasti kalau saya boleh mencintai lagi, Yazzed." - Darin Farissa "Percayalah, semua orang berhak untuk bahagia, termasuk kau... aku hanya minta peluang untuk buktikan pada kau bahawa cinta yang sebenar itu masih ada." - Yazzed Qayyum "I'll be your healer's heart then, Nur Darina Farissa." - Yazzed Qayyum Start : 29 januari 2025 End :
You may also like
Slide 1 of 9
Secret Identity : Snow White [Side Story] cover
Stop The Love Now  cover
Of Ruins and Roses cover
Rahsia Keturunan ( C ) cover
Meant To Be cover
Dia Yang Kau Pilih {C} cover
K.I.S.S πŸ”ž cover
Semuanya Tentang Harry Potter! cover
[ HIATUS ] Healer's Heart : Captain Yazzed Qayyum cover

Secret Identity : Snow White [Side Story]

16 parts Complete

[Just a reminder that this is just a short story for the Secret Identity series...if nk thu full story about the character in this book...feel free to read my books at my profileπŸ€—πŸ€—] Agensi Identity menjadi gempar apabila beberapa menteri serta pemberi maklumat mereka ditemui mati diracun. Perkara ini mula membangkitkan kegusaran kesemua individu yang berada di bawah perlindungan agensi tersebut. Malang mereka bertambah teruk apabiladalang disebalik kejadian tersebut ialah seorang penjenayah yang sangat dikehendaki negara dan ditemui berlegar - legar di Bandar Putra. Namun, individu - individu yang menolongnya masuk ke dalam Bandar Putra lebih menggentarkan mereka. Dengan bantuan individu - individu tersebut, penjenayah tersebut mula melakukan langkahnya dengan menyebarkan sebuah virus di dalam Bandar Putra. Bandar Putra semakin kecoh apabila seluruh kawasan bandar tersebut dihalang dengan sebuah penghadang yang menyebabkan tiada siapa dapat keluar atau masuk ke dalam bandar tersebut. Bagaimana keamanan Bandar Putra dapat direntap dalam satu malam sahaja? Dapatkah Agensi Identity mengembalikan Bandar Putra yang dahulu kembali?