Penyesalan Yang Terlambat

Penyesalan Yang Terlambat

  • WpView
    Okunma 110
  • WpVote
    Oy 6
  • WpPart
    Bölüm 1
WpMetadataReadDevam ediyor
WpMetadataNoticeSon yayınlanan Per, Eki 16, 2025
WpInfo
Kurgu
Romantik
Di sebuah kampung yang sunyi, tinggal seorang wanita bernama Hawa Amani, isteri kepada Tengku Farid Aiman. Hawa seorang wanita lemah lembut, penyabar, dan setia. Namun, hidupnya mula dirundung gelap apabila gosip mula tersebar di kalangan keluarga Tengku Farid tentang hubungan Hawa dengan seorang lelaki. Semua ini bermula daripada salah faham kecil yang menyebabkan Farid mula menanamkan syak wasangka terhadap Hawa. " Perempuan tu bukannya baik pun Farid. Tengok cara dia pun akak dah tahu...berlakon baik.. " kata kakak iparnya penuh sinis, menuding jari. Farid, yang selama ini menjadi sandaran Hawa, mula berubah. Pandangannya yang dahulu penuh kasih kini beralih menjadi curiga. Setiap kata, setiap langkah Hawa, disalahertikan. Hati Hawa remuk melihat suaminya sendiri menjauh, dan rumah yang sepatutnya menjadi tempat selamat, berubah menjadi penjara tanpa pintu. Hawa cuba menjelaskan, menangis dan merayu, "Farid, saya tak pernah..." tetapi suaminya hanya menggeleng, membiarkannya menangis seorang diri. Keluarga yang dulu dianggap tempat bergantung, kini menjadi musuh yang menuding jari. Hari demi hari, rasa sakit dan pengkhianatan semakin menebal. Hawa terasa dirinya tiada tempat di dunia ini. Akhirnya, dalam keputusasaan yang tiada siapa tahu, dia meninggalkan rumah itu tanpa sepatah kata. Hanya surat kecil ditinggalkan di meja: " Untuk suami hawa.. " Malam itu, Farid dan keluarganya baru sedar betapa besar kesilapan mereka. Rasa bersalah menusuk jiwa, tapi Hawa telah tiada. Penyesalan mereka terlalu lambat. Tiada lagi peluang untuk memeluk, tiada lagi peluang untuk berkata benar. Hawa telah hilang dari dunia mereka, meninggalkan hanya bayang duka yang tidak akan padam.
Tüm hakları saklıdır
#6
peluang
WpChevronRight
En büyük hikaye anlatıcılığı topluluğuna katılınKişiselleştirilmiş hikaye önerileri alın, favorilerinizi kütüphanenize kaydedin ve topluluğunuzu büyütmek için yorum yapın ve oy verin.
Illustration

Ayrıca sevebilecekleriniz

  • Sedetik Lebih [COMPLETE]
  • 𝐅𝐋𝐈𝐆𝐇𝐓 𝐓𝐎 𝐋𝐎𝐕𝐄 [𝐂]
  • Takdir terakhir kita [C]
  • Forever Isn't What We Promised
  • Jika Kau Yang Memiliki || COMPLETE
  • Racing King
  • Derita Seorang Maira  | C
  • Bunga Jagaan Bodyguard [C]
  • Permission to Fall, Prof!
  • HELLO QASWAR

Maryam Elara tidak pernah menyangka, takdir akan menemukan dia semula dengan lelaki yang pernah menjadi suaminya, Raif Kaysan. Di sebuah majlis penuh gemerlapan, dia hanya seorang cleaner, sementara lelaki itu kini seorang CEO yang gah berdiri di puncak kuasa. Namun, tatapan Raif padanya bukan lagi penuh kasih, tetapi sarat dengan benci dan dendam yang bertahun-tahun terpendam. "Dahulu kau tinggalkan aku macam sampah. Sekarang kau datang sebagai apa? Cuma cleaner aje?" Raif melayan Maryam tak ubah seperti sampah, menghina dan merendah-rendahkannya tanpa belas. Dia mahu wanita itu merasa sakit, sama seperti luka yang Maryam tinggalkan dalam hidupnya dahulu. Tambah pula Maryam beralih kerja disyarikatnya, seakan membuka ruang untuk dia menjalankan misi dendam. "Jangan sebut nama aku, Jangan mengadu apa-apa pada aku, dan pastikan jarak kau berdiri 5 meter dari aku, faham?"-Raif Kaysan "Baik, brader."-Maryam Elara "Apa kau cakap?"-Raif "Tadi cakap tak boleh panggil nama, saya panggilah brader."-Maryam Setiap hari, Maryam hanya diam dan menerima segala perlakuan dingin Raif tanpa membantah. Dia tidak melawan, tidak juga merungut, meskipun lelaki itu menggunakan pangkatnya sebagai bos untuk membuli dan merendahkannya sesuka hati. Namun, tanpa sedar, sesuatu dalam diri Raif mula berubah. Dendam yang sekian lama membara perlahan-lahan pudar, digantikan dengan perasaan yang sepatutnya tidak wujud lagi, rasa yang pernah dia buang jauh-jauh dahulu. Kenapa? Kenapa hatinya mula goyah? Kenapa, setelah semua yang berlaku, dia masih mahu mencintai wanita itu? "Kalau masa berbaki sedetik lebih sekalipun, aku takkan patah balik pada kau."-Raif "Saya faham, jadi tak perlu bazirkan sedetik lebih itu untuk saya lagi."-Maryam Namun... adakah pertemuan Maryam membawa sebuah rahsia yang tersimpan sekian lama? Dan jika masa itu memiliki sedetik lebih lagi... apakah ia akan dipenuhi dengan cinta, atau terus dihimpit oleh dendam?

Daha fazla bilgi
WpActionLinkİçerik Rehberi