16 parts Ongoing HAYDER KHAIR x ELNAURA ELLYSA
Elnaura bukan sekadar cantik dan dia juga memiliki mata central heterochromia . Dia ibarat rahsia yang tak pernah habis dibaca, tenang pada luar, tapi dalam dadanya penuh badai yang dia telan diam-diam. Hidupnya teratur, rapi, semuanya di bawah kawalan... sehinggalah pertemuannya dengan Hayder, lelaki yang tegas, dingin, dan terkenal tak pernah tunduk pada sesiapa.
Hayder tak pernah percaya pada cinta sejak cinta pertama mencuranginya apabila dia sedang belajar di luar negara.Baginya, dunia bergerak ikut logik, strategi dan kuasa. Namun semuanya retak bila Elnaura datang dalam hidupnya seperti angin sederhana yang tak pernah dia sedar telah menjadi ribut.
Tanpa sedar, mereka berkahwin. Bukan kerana rasa, tapi kerana keadaan yang memaksa.
Namun perlahan-lahan, Hayder mula melihat sisi Elnaura yang orang lain tak pernah nampak: lembutnya bukan lemah, diamnya bukan tunduk, dan air mata yang jatuh bukan kerana kalah tapi kerana terlalu bertahan.
Dan Elnaura... dia mula belajar bahawa lelaki yang paling keras, bila jatuh cinta, adalah lelaki yang paling dalam dan paling setia sentuhannya.
Tetapi tidak semua suka melihat kebahagiaan mereka.
Dendam lama, cemburu yang terpendam, dan rahsia yang tak pernah ditutup kemas... satu-satu mula bangkit kembali.
Cinta mereka diuji:
Antara ego dan maaf, antara takut kehilangan dan berani untuk mengikat lebih kuat.
Akhirnya, mereka harus memilih-
Untuk saling menjatuhkan,
atau saling menyembuhkan.
Kerana kadang-kadang, cinta paling indah adalah cinta yang belajar bertahan.