Story cover for SWEET LIKE MAGIC [ OG ] by Annel_lynea
SWEET LIKE MAGIC [ OG ]
  • WpView
    LECTURES 12
  • WpVote
    Votes 8
  • WpPart
    Chapitres 8
  • WpView
    LECTURES 12
  • WpVote
    Votes 8
  • WpPart
    Chapitres 8
En cours d'écriture, Publié initialement oct. 19, 2025
GENRE : FANTASY - ROMANCE 
AUTHOR : ANYLIEA 
LANGUAGE : MIXED MALAY AND ENGLISH 
START : 19.10.2025


----------------------------------------------------
PRINCE ADRIEN X PRINCESS ADRIENNE 

Sweet Like Magic

"Sometimes, love feels a little too sweet to be real."

Di kerajaan Roselyn, Princess Adrienne Ruelle D'Roselyn hidup dalam dunia penuh warna lembut dan bunga-bunga segar. Semua orang kenal dirinya sebagai puteri yang sopan, manis, dan sentiasa tahu cara membuat orang lain tersenyum. 

Tapi segalanya berubah bila satu rombongan dari kerajaan Marvein datang untuk perjanjian diraja - dan di situ, dia bertemu Prince Adrien Tyler D'Marvien, seorang putera yang tampak tenang tapi punya senyuman yang membuat jantung Adrienne bergetar setiap kali pandangan mereka bertemu. 

Daripada perbualan yang canggung kepada tawa kecil yang tak dirancang, sesuatu perlahan-lahan tumbuh antara mereka. Namun, di sebalik keindahan itu... wujud batas antara dua dunia, dua tanggungjawab, dan dua hati yang masih belajar erti cinta sejati.

Mampukah cinta yang bermula dengan senyuman manis bertahan di antara dua dunia yang berbeza?
Atau... ia cuma terasa sweet like magic - sekejap, tapi tak pernah dilupakan?
Tous Droits Réservés
Inscrivez-vous pour ajouter SWEET LIKE MAGIC [ OG ] à votre bibliothèque et recevoir les mises à jour
ou
#238sweet
Directives de Contenu
Vous aimerez aussi
Sedetik Lebih, écrit par CIK_ZALIKHA
86 chapitres En cours d'écriture
Maryam Elara tidak pernah menyangka, takdir akan menemukan dia semula dengan lelaki yang pernah menjadi suaminya, Raif Kaysan. Di sebuah majlis penuh gemerlapan, dia hanya seorang cleaner, sementara lelaki itu kini seorang CEO yang gah berdiri di puncak kuasa. Namun, tatapan Raif padanya bukan lagi penuh kasih, tetapi sarat dengan benci dan dendam yang bertahun-tahun terpendam. "Dahulu kau tinggalkan aku macam sampah. Sekarang kau datang sebagai apa? Cuma cleaner aje?" Raif melayan Maryam tak ubah seperti sampah, menghina dan merendah-rendahkannya tanpa belas. Dia mahu wanita itu merasa sakit, sama seperti luka yang Maryam tinggalkan dalam hidupnya dahulu. Tambah pula Maryam beralih kerja disyarikatnya, seakan membuka ruang untuk dia menjalankan misi dendam. "Jangan sebut nama aku, Jangan mengadu apa-apa pada aku, dan pastikan jarak kau berdiri 5 meter dari aku, faham?"-Raif Kaysan "Baik, brader."-Maryam Elara "Apa kau cakap?"-Raif "Tadi cakap tak boleh panggil nama, saya panggilah brader."-Maryam Setiap hari, Maryam hanya diam dan menerima segala perlakuan dingin Raif tanpa membantah. Dia tidak melawan, tidak juga merungut, meskipun lelaki itu menggunakan pangkatnya sebagai bos untuk membuli dan merendahkannya sesuka hati. Namun, tanpa sedar, sesuatu dalam diri Raif mula berubah. Dendam yang sekian lama membara perlahan-lahan pudar, digantikan dengan perasaan yang sepatutnya tidak wujud lagi, rasa yang pernah dia buang jauh-jauh dahulu. Kenapa? Kenapa hatinya mula goyah? Kenapa, setelah semua yang berlaku, dia masih mahu mencintai wanita itu? "Kalau masa berbaki sedetik lebih sekalipun, aku takkan patah balik pada kau."-Raif "Saya faham, jadi tak perlu bazirkan sedetik lebih itu untuk saya lagi."-Maryam Namun... adakah pertemuan Maryam membawa sebuah rahsia yang tersimpan sekian lama? Dan jika masa itu memiliki sedetik lebih lagi... apakah ia akan dipenuhi dengan cinta, atau terus dihimpit oleh dendam?
Healer's Heart : Captain Yazzed Qayyum | C, écrit par fiqalynaaa
81 chapitres Terminé
Bagi Darina Farissa, kerjaya dan keluarga adalah segala-galanya bagi dirinya, perasaannya pula diletakkan ke tepi. Sudah beberapa kali dia didesak oleh orang sekeliling, kata mereka dengan umur Darin semakin meningkat dewasa, tidak elok jika bersendirian lama-lama. Takut tidak laku sahaja nanti. Sehingga lah teman baiknya, Mawar si pakar 'matchmaker' terhandal mengatur temu janji untuknya. Darin melayankan saja walaupun dia memang tiada niat mencari cinta. Dia bertemu dengan Yazzed Qayyum. Kebetulan, Yazeed juga sedang didesak oleh maminya supaya cepat-cepat mencari jodoh. Temu janji pertama mereka, gagal. Darin melarikan diri walhal mereka masih tidak habis berbual. Yazzed hanya redha, mungkin bukan jodoh mereka. Kali kedua, mereka bertemu di kenduri kahwin kawan mereka. Namun Darin tidak mengecam Yazzed. Kenduri kahwin tersebut berakhir dengan insiden memalukan bagi Darin. Darin mula menyimpan dendam dengan Yazzed sejak daripada itu. Mereka bertemu untuk ke sekian kali di hospital tentera, Darin bertugas selama 3 bulan di hospital tentera di kem Yazzed. Bermula lah sesi kejar mengejar. Awalnya Darin jual mahal, lama-lama luluh juga hati apabila setiap kali dia dilanda masalah, Yazzed yang akan menjadi hero untuknya. Namun hati Darin ragu-ragu, dia masih terperangkap dengan masa lalu. Walaupun kehidupan Yazzed penuh dengan disiplin dan keberanian sebagai anggota pasukan khas, menghadapi hati Darin yang tertutup akibat kehilangan, bukanlah misi mudah. Dia tahu, untuk menawan hati Darin, dia perlu sabar dan memahami luka yang dibawa gadis itu. "Saya... tak pasti kalau saya boleh mencintai lagi, Yazzed." - Darin Farissa "I'll be your healer's heart then, Nur Darina Farissa." - Yazzed Qayyum "Ruang dalam hati kau ada tempat lagi tak? Aku nak ada dalam ruang tu, boleh?" - Yazzed Qayyum Start : 29 januari 2025 End : 18 februari 2026
Vous aimerez aussi
Slide 1 of 10
𝐖𝐡𝐞𝐧 𝐅𝐥𝐨𝐰𝐞𝐫𝐬 𝐁𝐥𝐨𝐨𝐦 | C cover
Sedetik Lebih cover
𝐂𝐡�𝐨𝐬𝐞𝐧 𝐆𝐞𝐧𝐭𝐥𝐲 | BAKAL TERBIT cover
Derita Seorang Maira  | OG cover
Forever Isn't What We Promised cover
Find The Heart Again  cover
Permission to Fall, Prof! cover
Healer's Heart : Captain Yazzed Qayyum | C cover
Racing King cover
[C] HATI (Buah Hati #1) cover

𝐖𝐡𝐞𝐧 𝐅𝐥𝐨𝐰𝐞𝐫𝐬 𝐁𝐥𝐨𝐨𝐦 | C

53 chapitres Terminé

Empat puteri. Empat kisah hidup yang berbeza. Di celah rutin yang berulang, sesuatu mula mekar. Bukan kerana dirancang, tetapi kerana kehadiran yang akhirnya terasa perlu. Mereka berbagi darah yang sama, tapi bukan impian yang sama. Dibesarkan penuh kasih oleh si ayah seperti bunga yang tumbuh mekar di taman. When Flowers Bloom mengisahkan tentang empat adik beradik yang memiliki kehidupan masing-masing. Dalam perjalanan hidup mereka yang semakin meningkat dewasa, saat itu mereka menemukan apa itu erti kebahagiaan dan cinta.