Story cover for HIS PRECIOUS WIFE  by aRviell
HIS PRECIOUS WIFE
  • WpView
    Reads 26
  • WpVote
    Votes 9
  • WpPart
    Parts 5
  • WpHistory
    Time 13m
  • WpView
    Reads 26
  • WpVote
    Votes 9
  • WpPart
    Parts 5
  • WpHistory
    Time 13m
Ongoing, First published Oct 19
Sejak zaman sekolah, Aydell dan Hayyan sudah dianggap musuh ketat.
Setiap keputusan peperiksaan menjadi medan perang - siapa nombor satu, siapa nombor dua.
Namun, ego Hayyan tidak pernah dapat menerima kenyataan bahawa Aydell selalu di hadapannya.

Tahun berlalu, mereka membawa haluan masing-masing... sehingga takdir mempertemukan semula di sebuah majlis perniagaan mewah.
Pertemuan yang sepatutnya biasa, berubah menjadi medan perbalahan lama - sindiran, ejekan, dan ego yang belum padam.

Namun siapa sangka, satu kejadian tidak terduga menjadikan mereka terikat dalam perkahwinan tanpa rela.
Dua hati yang saling membenci kini terpaksa hidup di bawah satu bumbung.

Antara marah dan cinta, ego dan perasaan yang tersimpan...
mampukah mereka terus menafikan debaran yang mula tumbuh di sebalik kebencian itu?
Atau adakah benci itu hanya topeng bagi sesuatu yang lebih dalam - cinta yang mereka sendiri tak berani akui?

"Perempuan poyo!"

"Lelaki gila!"
All Rights Reserved
Sign up to add HIS PRECIOUS WIFE to your library and receive updates
or
Content Guidelines
You may also like
Hak Milik Arissa Aura Sofea | Ongoing  by fitrahsuri
21 parts Ongoing
Karya-3 𝑨𝒓𝒊𝒔𝒔𝒂 𝑨𝒖𝒓𝒂 𝑺𝒐𝒇𝒆𝒂 | 𝑫𝒂𝒓𝒎𝒂 𝑱𝒆𝒃𝒂𝒕 "I wanna be yours"- 𝑫𝒂𝒓𝒎𝒂 𝑱𝒆𝒃𝒂𝒕. ARISSA AURA SOFEA. Nama yang cantik secantik si pemilik namanya. Namun, wajah cantik itu sentiasa tidak dihiasi dengan senyuman. Malah, perwatakan wanita ini jauh berbeza dari perempuan yang lain. Seorang yang dingin dan jarang bergaul dengan orang lain kalau bukan atas urusan kerja. DARMA JEBAT. Nama yang hebat, sehebat tuan punya nama. Perwatakan lelaki ini sangat berbeza dengan ARISSA AURA SOFEA. DARMA JEBAT merupakan salah seorang ahli dari sebuah syarikat yang menawarkan perkhidmatan bodyguard iaitu syarikat Eclipse Force. Perwatakan DARMA JEBAT yang ceria, suka tersenyum dan sentiasa dipenuhi dengan motivasi telah menjadikan hidup ARISSA AURA SOFEA yang gelap menjadi terang dan cerah. Tanpa ARISSA AURA SOFEA tahu, hidupnya sentiasa berada di dalam bahaya selagi ketamakan seseorang itu tidak hilang. Namun, nasib baiklah DARMA JEBAT sudah bersedia untuk berkhidmat menjadi bodyguard ARISSA AURA SOFEA bagi melindunginya dari sebarang bahaya. Namun, siapalah mereka untuk menolak takdir bahawa Allah SWT ingin menghadirkan satu perasaan indah diantara mereka berdua. "Saya rasa...saya nak jadi milik awak, Cik Aura"- 𝑫𝒂𝒓𝒎𝒂 𝑱𝒆𝒃𝒂𝒕. Apabila mereka mula saling mencintai, mereka terpaksa menghadapi pelbagai cabaran dalam kehidupan dan semestinya DARMA JEBAT lah yang akan menjadi 'perisai' buat ARISSA AURA SOFEA. "You are mine, Mr. Darma Jebat"- 𝑨𝒓𝒊𝒔𝒔𝒂 𝑨𝒖𝒓𝒂 𝑺𝒐𝒇𝒆𝒂. "Yes. I'm yours, baby"-𝑫𝒂𝒓𝒎𝒂 𝑱𝒆𝒃𝒂𝒕. Berjayakah DARMA JEBAT menjadi pelindung terkuat ARISSA AURA SOFEA? Adakah selamanya DARMA JEBAT akan menjadi HAK MILIK ARISSA AURA SOFEA? Semuanya bakal terjawab dalam... HAK MILIK ARISSA AURA SOFEA.
Demon Queen : Aireen Husna by its__rinzz
17 parts Complete
𝘿𝙚𝙢𝙤𝙣 𝙌𝙪𝙚𝙚𝙣 || 𝐀𝐝𝐚𝐦 𝐀𝐪𝐚𝐬𝐡 & 𝐀𝐢𝐫𝐞𝐞𝐧 𝐇𝐮𝐬𝐧𝐚 𝙆𝙖𝙧𝙮𝙖 𝙥𝙚𝙧𝙩𝙖𝙢𝙖 Aireen Husna - di mata dunia, dia hanyalah seorang wanita muda yang berjaya, menjawat jawatan sebagai CEO di syarikat keluarganya. Polos, sopan, dan peramah itulah topeng yang dipakainya dengan sempurna. Namun, apabila malam menjelma, topeng itu ditanggalkan. Aireen berubah menjadi individu yang ditakuti dalam dunia gelap Demon Queen, ketua mafia wanita yang memegang kuasa dalam senyap, licik dan kejam apabila perlu. Tiada siapa pernah meragui dua sisi dirinya. Tiada siapa, kecuali seorang lelaki bernama Adam Aqash - CEO yang dingin, kejam, dan memegang empayar mafia yang lebih kurang hebat dengannya. Dia hidup dengan prinsip, tidak mudah percaya, dan tidak pernah tunduk pada sesiapa. Tapi pertemuan tanpa sengaja antara mereka, dalam satu konfrontasi penuh bahaya, telah mengubah seluruh aturan dunia mereka. Satu perkahwinan tanpa cinta, didorong oleh perjanjian rahsia antara dua keluarga, memaksa mereka menjadi suami isteri. Namun mereka tahu, perkahwinan ini bukan tentang cinta... ia tentang kuasa, pengaruh, dan rendam yang tidak diketahui antara satu sama lain. " I didn't trust love ," suara Adam dingin menampar sunyi malam. Aireen tersenyum kecil, "Great..Cause love is weak and I never be a weak person." Hari demi hari, dunia mereka bertembung. Nafsu, dendam, dan rahsia silam mula menghantui. Ketika hati mereka semakin rapuh, musuh di sekeliling mula mengambil peluang. Satu persatu rahsia terbongkar dan akhirnya, Adam mendapati isterinya bukan wanita biasa. "Kau... Demon Queen?" Adam memandang dengan mata yang terbeliak. Aireen membisik di telinganya, "And you just realized it,my lovely husband ?" Dalam dunia yang dipenuhi pengkhianatan, darah, dan permainan kuasa mampukah cinta yang tak pernah diundang ini menyelamatkan mereka, atau ia hanya akan menjadi titik akhir kepa
TENGKU ZAEL HALVARD: MY CARIÑO by carino_darlingzz
20 parts Complete
Kalau aku kata kau milik aku, Cariño... jangan persoalkan. Sebab aku tak pernah berkongsi. Tengku Zael Halvard bukan sekadar CEO kepada Halvard Legacy Holdings - dia juga pemilik dunia gelap yang tak terjangkau akal manusia biasa. Lelaki berdarah campuran Melayu-Sepanyol itu menyimpan rahsia yang hanya diketahui oleh mereka yang berani hidup di antara bayang-bayang dan peluru. Dingin, kejam, dan mematikan - dia mencipta empayar dari darah, kuasa, dan bisnes yang tak sah di sisi undang-undang. Namun segala aturan hidupnya yang sempurna runtuh bila Aulia Maisarah hadir kembali dalam hidupnya - seorang gadis biasa yang pernah menjadi saksi tragedi yang telah menghancurkan keluarganya. Demi satu rahsia lama, dia memaksa Aulia menjadi isterinya. "Nikah dengan aku, atau tengok keluarga kau musnah." Aulia terpaksa akur. Tapi perkahwinan itu bukan tiket ke bahagia. Ia adalah perang emosi. Dia diseksa dengan dingin, dibakar dengan cemburu, dan dipenjara dalam istana mewah yang sepi. Tengku Zael bukan suami biasa. Dia seorang pemilik. Dan Aulia? Hanya "Cariño" yang perlu tunduk, diam, dan belajar mencintai luka. Namun dalam ketegangan itu, cinta yang tidak sepatutnya mula bercambah. Luka masa silam terbongkar satu per satu. Siapa sebenarnya Aulia dalam sejarah hitam keluarga Halvard? Dan kenapa walau dalam marah dan dendam, hati Zael tetap pulang kepadanya? "Aku benci tengok kau menangis... Tapi aku lebih benci bila kau senyum pada orang lain." Bila cinta bertembung dengan dendam, siapa akan menang? Adakah cinta akan memaafkan segalanya? Atau adakah kisah mereka berakhir dengan darah... dan air mata?
PELUANG: MotoGP Uzair Abedeen by nurailirmela
16 parts Ongoing
MotoGP Malay Fiction Dunia perlumbaan moto sudah lama menjadi impian Uzair Abedeen. Berkat pekerjaan bapanya sebagai tim mekanik dalam perlumbaan DTS memberi peluang pada Uzair untuk selami dunia perlumbaan moto terkenal, MotoGP. Seawal usia 15 tahun, Uzair didaftarkan ke akademi perlumbaan, mengasah bakat yang sudah lama terpenda sehingga berjaya membuahkan hasil. Di usia 21 tahun, Uzair berjaya meraih gelaran juara dunia dalam Moto3. Hanya tinggal beberapa anak tangga sebelum Uzair dapat beraksi di perlumbaan MotoGP. Namun, sebaik terima kemenangan pertama, Uzair berubah menjadi seorang yang angkuh. Uzair sesat dalam keseronokan dunia yang membawa dirinya lupa pada keluarga dan agama. Pada Uzair, dia berhak peroleh kebebasan walaupun perkara itu haram di sisi agama. Tiada nasihat yang dapat kembalikan Uzair Abedeen ke pangkal jalan. Tidak sehingga bapanya bertindak untuk batalkan kontrak Uzair dan hantar anak lelakinya itu kembali ke Malaysia demi kebaikan Uzair sendiri. Awalnya, Uzair enggan tetapi apa yang dia boleh lakukan selain akur? Kepulangan Uzair di Malaysia membuatkan Uzair tidak bersemangat dalam lakukan apa-apa. Dia sambung belajar tetapi tidak pernah suka lakukan semua itu. Uzair rindukan latihan perlumbaan di Jerman serta sokongan daripada peminatnya. "Aku perlukan pembantu rumah tapi aku tak nak pembantu aku tu ada 24 jam dalam rumah aku" - Uzair Abedeen "Ambil aku! Aku boleh jadi pembantu rumah merangkap pembantu peribadi kau!" - Afra Seroja Pengenalan ringkas Uzair bersama Seroja memudahlan hidup Uzair. Semua kerja yang diberi oleh pensyarah, Uzair hulur pada Seroja untuk diselesaikan. Urusan rumah juga Uzair beri kepercayaan pada Seroja. Tidak sia-sia Uzair terima rakan kelas menjadi pembantu. Hubungan yang sebatas pembantu perlahan-lahan berubah menjadi akrab. Uzair selesa luahkan segalanya pada Seroja sementara Seroja sering menadah bahu, tidak mengomel saat dengar Uzair bercerita dan perlahan-lahan... melibatkan perasaan.
You may also like
Slide 1 of 9
Hak Milik Arissa Aura Sofea | Ongoing  cover
Obsession Husband  cover
Reaching My dream In The Darkness cover
Demon Queen : Aireen Husna cover
TENGKU ZAEL HALVARD: MY CARIÑO cover
PELUANG: MotoGP Uzair Abedeen cover
Duel Kembar Aldrich (END) cover
Rahsia Hati Mrs. Fakrul ( Ready Stok) Cover Baru cover
Jangan Berpaling Dariku cover

Hak Milik Arissa Aura Sofea | Ongoing