FARAH ALICIA&ADRIEN MIKHAEL
---
Farah Alicia bukan sekadar pelajar biasa di sekolahnya. Gadis berdarah campuran Jerman-Melayu itu sentiasa menarik perhatian ke mana sahaja dia melangkah. Kulitnya putih bersih seperti porselin, manakala mata hazelnya seolah-olah menyimpan rahsia yang sukar diterjemah.
Di padang, nama Farah Alicia sudah tidak asing lagi. Dia lincah, cekal dan sentiasa bersemangat dalam setiap pertandingan. Namun, di sebalik kegigihan itu, satu kelemahan yang tidak pernah mampu disembunyikan ialah pelajarannya. Markahnya sering turun naik, dan dia tahu dunia akademik bukanlah gelanggangnya yang sebenar.
---
Adrien mikhael memang terkenal di sekolah - bukan sebab dia pelajar contoh, tapi sebab kenakalannya yang tak pernah habis. Setiap minggu ada saja cerita baru tentang dia kadang-kadang ponteng perhimpunan, kadang menyakat pelajar perempuan sampai satu sekolah bising menyebut namanya.
Namun di sebalik perangainya yang suka buat huru-hara, Adrien bukan budak sembarangan. Dalam sukan, dia antara yang paling hebat. Tak kira bola sepak, bola jaring, atau olahraga, nama dia mesti naik. Dalam kelas pun, walaupun nampak macam tak ambil peduli, markahnya sentiasa tinggi - cukup untuk buat ramai yang tertanya-tanya macam mana budak nakal macam dia boleh sepandai itu.
Rambutnya selalu sedikit kusut, tali leher sekolah jarang terikat betul, tapi bila dia senyum - senyum nakal yang penuh yakin itu - ramai pelajar perempuan terus cair. Adrien Mikhael tahu dia popular, tapi dia tak pernah kisah. Dia cuma jadi diri sendiri - bebas, nakal, dan sukar dikawal.
---
𝐅𝐈𝐑𝐒𝐓 𝐁𝐎𝐎𝐊♥
₊˚⊹♡ ᴀɴ ᴏʀɪɢɪɴ ᴏꜰ ʟᴏᴠᴇ ♡⊹˚₊
"When I love, I love badly not rudely."
𝐙𝐢𝐥𝐥 𝐑𝐚𝐲𝐳𝐚𝐞𝐥 merupakan seorang lelaki yang tenang dan bermulut celopar. Dia akan melakukan apa sahaja untuk mendapatkan sesuatu yang diinginkannya.
𝐀𝐢𝐫𝐞𝐞𝐧 𝐙𝐡𝐚𝐟𝐢𝐫𝐚 seorang gadis yang berkelulusan dari Universiti Oxford. Dia berasal dari keluarga bangsawan. Namun, dia tidak akan semena-mena menggunakan harta ibu bapanya. Dia akan berusaha sendiri tanpa bantuan sesiapa.
Pertemuan mereka adalah disebabkan aturan keluarga. Mereka di aturkan untuk berkahwin. Zill tenang sahaja dan menerima serta cuba mendapatkan hati Aireen kerana dia yakin bahawa Aireen itu jodohnya. Namun, Aireen berasa sebaliknya.
Mahu tidak mahu, Aireen perlu juga menerima kerana itu kehendak keluarganya. Namun, perkahwinan bukanlah perkara yang mudah. Ada sahaja dugaan yang melanda.
Saat bahagia mula bertunas, hadir pula orang ketiga yang cuba meruntuhkan mahligai yang baru dibina.
"Reen penat dengan semua ni, abang." -Aireen Zhafira
"Abang akan buktikan yang apa pihak media cakap, semuanya salah." -Zill Rayzael
Mampukah Zill mempertahankan rumah tangga mereka? Atau perkahwinan ini berakhir begitu saja?
"I don't have anyone else. I only have you. I need you to stay. Please dont leave me." -Zill Rayzael
---
START: 30 July 2025
END: 18 October 2025
⚠️JALAN CERITA AGAK CRINGE‼️
⚠️CERITA INI HANYALAH REKAAN SEMATA MATA‼️
⚠️JANGAN LETAK EXPECTATION TINGGI SANGAT, NANTI KECEWA‼️
🚫PLAGIAT IS NOT ALLOWED‼️