CintaRemajakuu🤍  (ON GOING)

CintaRemajakuu🤍 (ON GOING)

  • WpView
    Reads 13,255
  • WpVote
    Votes 603
  • WpPart
    Parts 37
WpMetadataReadOngoing
WpMetadataNoticeLast published Sun, Feb 22, 2026
WpInfo
Fiction
Romance
Alicia dan Adrean sudah saling mengenali sejak zaman sekolah menengah. Namun, yang dikenali bukanlah kenangan manis, tetapi pertengkaran kecil yang hampir berlaku setiap hari. Mereka sering berbeza pendapat Alicia yang lantang dan tegas, manakala Adrean pula keras kepala serta sukar mengalah. Guru dan rakan-rakan sudah lali melihat mereka berbahas walaupun hal yang remeh. Namun, masa mengubah banyak perkara. Setelah melangkah ke alam dewasa, masing-masing memikul tanggungjawab besar terhadap mereka. Suatu hari, satu keputusan yang berat terpaksa dibuat kedua-dua keluarga bersetuju untuk menyatukan mereka. Bagi Alicia, keputusan itu ibarat beban yang tidak pernah diminta. Bagi Adrean pula, ia adalah pengorbanan yang tidak dapat dielakkan. Hari demi hari selepas perkahwinan, hubungan mereka penuh dengan kekok dan jarak. Mereka berbual hanya bila perlu, dan banyak perkara diselesaikan tanpa melibatkan hati. Namun sesuatu yang pelik mula berlaku. Semakin lama mereka tinggal sebumbung, semakin mereka belajar memahami antara satu sama lain. Pertengkaran yang dulu seperti perang kecil kini berubah menjadi gurauan halus yang kadang-kadang mencetuskan senyuman. Alicia mula menyedari bahawa Adrean bukanlah sekeras yang disangkanya, manakala Adrean melihat sisi lembut Alicia yang tidak pernah ditonjolkan di sekolah dahulu. Tapi dalam hati masing-masing, satu persoalan masih belum terjawab Adakah hubungan ini sekadar tanggungjawab... atau perlahan-lahan berubah menjadi cinta?
All Rights Reserved
#164
wattpadmalay
WpChevronRight
Join the largest storytelling communityGet personalized story recommendations, save your favourites to your library, and comment and vote to grow your community.
Illustration

You may also like

  • Forever Isn't What We Promised
  • 𝐅𝐋𝐈𝐆𝐇𝐓 𝐓𝐎 𝐋𝐎𝐕𝐄 [𝐂]
  • Permission to Fall, Prof!
  • Sedetik Lebih [COMPLETE]
  • Jika Kau Yang Memiliki || COMPLETE
  • Racing King
  • Bunga Jagaan Bodyguard [C]
  • Takdir terakhir kita [C]
  • Derita Seorang Maira  | C
  • HELLO QASWAR

[stand alone] Perkahwinan mereka tidak pernah lahir daripada cinta, sebaliknya tercipta daripada kepentingan dan satu kontrak yang menjadikan dua manusia sebagai alat rundingan antara keluarga dan empayar perniagaan. Hazran Qarizh dan Nadrra Kysha disatukan bukan kerana mereka saling memilih, tetapi kerana pilihan telah dirampas lebih awal daripada mereka berdua. Dua tahun. Bagi Nadrra, perkahwinan ini adalah penjara yang tidak pernah dia setujui. Bagi Hazran, ia adalah tanggungjawab yang dia tidak dapat elakkan. Namun dalam dunia yang mereka hidup, kehendak peribadi tidak pernah lebih penting daripada tanggungjawab yang diwariskan. "Don't expect love from this marriage." Namun perasaan tidak pernah tunduk kepada kontrak, dan emosi tidak pernah akur pada tarikh yang telah ditetapkan. "And when this ends... what happens to us?" "Nothing." Perkahwinan ini tidak dicipta untuk selamanya. Ia hanya wujud untuk dipenuhi, bukan untuk diperjuangkan. Kerana selamanya itu, tidak pernah dijanjikan. Hati yang tinggal dalam jasad diri juga bukan milik mutlak manusia, bahkan perasaan yang datang adalah pinjaman dari yang Maha Esa. Apa manusia tetap angkuh merangka takdir, menyangka dia tahu segalanya, sedangkan dia hanyalah sekadar hamba yang mengikut jalan cerita Tuhannya.

More details
WpActionLinkContent Guidelines