
It's my very first painful story. I'm not sure if I did it right. Pertunangan antara Sofiya Zahiera dan Fawwaz Ilham terlerai dua bulan sebelum mereka melangsungkan pernikahan. Luka di hati Sofiya semakin parah apabila mengetahui Fawwaz telah membawa diri ke London bersama kekasih baharunya. Kerana kecewa berat, Sofiya terlibat dalam satu kemalangan ngeri dan koma selama dua bulan. Namun sebaik sedar, dunia di sekelilingnya tidak lagi sama. Sikap ibunya berubah dingin. Jika dahulu hanya ayahnya yang sering mengasari, kini ibunya juga menjauh. Dalam menelan pahit kehidupan, Sofiya belajar untuk berdiri sendiri. Takdir menemukan dia dengan Kael Ashraf, seorang lelaki berperwatakan tegas dan dingin. Pertemuan yang tidak disengajakan itu akhirnya membawa kepada sebuah pernikahan demi menutup khabar angin media tentang Kael yang dikaitkan dengan hubungan sejenis. Namun, perkahwinan yang dibina bukan sekadar jalan keluar dari skandal. Ia menjadi ujian. Saat dua hati yang luka itu mula belajar menerima dan memahami antara satu sama lain, Fawwaz muncul kembali. Apa mungkin Sofiya masih menaruh hati padanya? Mampukah rumah tangga yang dibina bersama Ashraf kekal utuh?All Rights Reserved
1 part