SOUTA YAMIKAGE dan adik perempuannya, MELISA, adalah Subjek Eksperimen paling berharga bagi organisasi rahsia kejam, JHE (Jaeger Human Experiment). Diculik dari kehidupan normal, mereka kini hanyalah senjata sempurna.
Souta dikurniakan kuasa Api yang ganas. Melisa pula diprogramkan dengan kekuatan Ais yang dingin dan tepat. Kejayaan JHE bergantung pada satu perkara: Pencucian Otak yang menyeluruh, memadamkan setiap jejak memori dan ikatan kekeluargaan mereka.
Di bawah pengawasan ketat saintis kejam seperti Zero, Scar, dan Arex, Souta dan Melisa hidup hanya untuk latihan dan arahan. Walaupun mindanya kosong, Souta bergelut dengan kesakitan fizikal, manakala kuasa apinya yang melampau sering menyakitkan dirinya sendiri. Kadang-kadang, bayangan misteri seorang wanita mula mengganggu tidurnya.
Selepas Souta dan Melisa diuji dalam pertarungan sengit-di mana Api vs. Ais bertemu dalam pertempuran yang ironi-Zero memutuskan bahawa mereka sudah bersedia. Dua beradik itu telah diperintahkan untuk memulakan Misi Sulit pertama mereka di dunia luar.
Kini, JHE telah melepaskan senjata terhebatnya.
Mampukah dua Subjek yang dicuci otak ini melaksanakan rancangan jahat JHE? Atau adakah ingatan yang dipadamkan itu akan kembali, memaksa Souta dan Melisa menyedari bahawa musuh mereka yang sebenar adalah mereka yang mencipta mereka?
Di antara perintah dan ikatan darah, apakah yang akan dipilih oleh Souta-ketaatan, atau kebenaran yang membawa pemusnahan?
TENGKU AZYAN FAIQ -Siapa yang tidak kenal dengannya.Seorang mafia yang terkemuka dengan kejahatannya.Walaupun dia jahat,dia tidak pernah culas menjalankan rukun islam yang kedua itu.Dengar sahaja nama dia,semua orang akan kecut perut kerana takut.Disebalik kisahnya,berlaku kejadian yang menyebabkan dia hampir kehilangan nyawa.Kerana ihsan seseorang, dia dapat diselamatkan.
AISY NAILA - Seorang wanita berkerjaya sebagai guru sekolah rendah.Dia terpaksa berpisah jauh dengan keluarganya yang berada di Semenanjung.Kerana tugas,dia ikutkan saja.Selama dua tahun bertugas di Sarawak,dia ditukarkan ke sekolah di negeri kelahirannya, Johor.
Takdir mempertemukan Tengku Azyan Faiq dan Aisy Naila tanpa sengaja.Tetapi malangnya Aisy tidak mengenalinya walaupun dia mengenalinya.Apa yang Tengku Azyan Faiq buat hanyalah memperhatikannya daripada jauh.Nasib tak kantoi!
Pada masa yang sama,nyawa Aisy mula terancam apabila musuhnya target Aisy sebagai kelemahannya.Dia terpaksa turun padang.
"Kau tak apa-apa?" - TENGKU AZYAN FAIQ
"Sa-saya okey.Terima kasih sebab selamatkan saya." - AISY NAILA
Dimana ada masalah disitu ada "Si Dia".Macam hero yang selamatkan heroin.Aisy teringin melihat wajahnya tetapi mask menjadi penghalang.Mana tidaknya lepas belasah terus lesap.
Tengku Azyan Faiq terpaksa mengambil langkah berat agar keselamatan Aisy lebih terjamin iaitu dengan mengahwininya!Terkejut beruk Aisy tiba-tiba saja ada orang masuk meminangnya.Orang yang dia tak kenal pulak tu.
Apakah kesudahan cerita mereka berdua?
SEMUANYA BAKAL TERJAWAB DALAM XINGAN MILIK MAFIA‼️
START : 23 SEPTEMBER 2024
END : 11 JULAI 2025
100% IDEA SENDIRI🔥🔥
NO PLAGIAT‼️‼️