Arternatif kepada cerita 𝕄𝕚𝕤𝕤𝕚𝕟𝕘 𝕋𝕨𝕚𝕟𝕤. Kalau 𝕄𝕚𝕤𝕤𝕚𝕟𝕘 𝕋𝕨𝕚𝕟𝕤 itu Gempa, Halilintar dan Taufan bekerjasama untuk buru musuh Gempa tapi kalini berbeza.
Mengisahkan Halilintar dan Taufan, dua kembar elemental yang berkhidmat sebagai pahlawan TAPOPS, yang hidup dengan kekosongan selepas adik kembar mereka, Gempa, diculik sejak bayi. Gempa dibawa ke Korea Selatan dan dibesarkan oleh bos mafia kejam, Alex Lee, di mana dia dinamakan semula sebagai Airel Lee (Lee Jungyong).
Airel Lee tumbuh menjadi seorang mafia muda yang digeruni, menguasai seni manipulasi psikologi ala Dazai Osamu. Apabila Halilintar dan Taufan mengesan jejaknya, Airel segera menyusun pementasan. Dia berpura-pura menjadi mangsa yang lemah, terpaksa membunuh demi kelangsungan hidupnya.
Di bawah topeng "adik yang cedera" itu, Airel menggunakan Halilintar yang protektif dan Taufan yang beremosi sebagai aset rahsia untuk menghapuskan saingan mafianya dan merampas sumber TAPOPS. Kedua-dua abangnya tidak menyedari bahawa mereka sedang dimanipulasi oleh Gempa, yang sebenarnya adalah dalang jenayah paling kejam dan villain utama cerita ini, dan kini bersedia menghancurkan pahlawan dari dalam.