Dalam rumah sederhana di pinggir kota, tujuh beradik membesar dengan kasih yang sederhana tapi tulus.
Aishera Qaisera, seorang ibu yang berhati lembut, tak pernah tahu erti membenci sanggup mengambil empat anak angkat hanya kerana tak tega melihat mereka hidup tanpa kasih dan arah.
Suaminya, Zafi Aathar, bekerja keras setiap hari, membahagiakan keluarganya dengan segala kudrat yang ada.
Bagi mereka, cinta dan keikhlasan sudah cukup untuk membina rumah tangga bahagia.
Namun tidak semua anak memandang kasih itu dengan mata yang sama.
Zafri Hakimi,anak sulung kandung. Menanam dendam dalam diam.
Baginya, kasih keluarga terbagi serta adik beradik angkatnya bakal merampas apa sahaja ditambah dia di tempat sebagai anak pertama bakal dilayan seperti seorang yang matang.
Kemarahan kecil itu tumbuh menjadi jurang, menjarakkan dia dengan adik-beradik lain sedikit demi sedikit, hingga kasih yang dulunya hangat menjadi dingin dan berat.
"Aku bukan sehebat yang kau sangka,Aku pun ada tempat kelemahan aku"-Zafri Hakimi.
"Siapa kata kau kuat muka kau pun macam pengecut."
Tahun berlalu, dan apabila Aishera serta Zafi Aathar pergi meninggalkan dunia, rumah itu sepi,penuh kenangan, tapi kosong tanpa arah.
Semua kini memikul tanggungjawab yang bukan kecil,menjaga, mendamaikan, dan menahan diri daripada runtuh ketika semuanya sudah mula merasa kepenatan. perebutan, tuduhan, keletihan jiwa yang tak lagi mampu berpaut pada kasih yang sama.
Di tengah keretakan itu, AADAM JAIFER salah seorang anak angkat yang membesar dengan rasa serba salah,akhirnya meluahkan sesuatu yang menampar semua hati yang masih tinggal:
"We can be together, but not forever."
Ayat itu menggema lama, menjadi kenyataan yang pahit untuk diterima.
Bahawa tidak semua keluarga dicipta untuk bahagia selamanya ada yang hadir hanya untuk mengajar erti kehilangan, kesetiaan, dan bagaimana bertahan bila kasih sudah tak mampu menyatukan.
[ KARYA PERTAMA ]
R.E.V.A.M.P
Cerita ini memaparkan nilai kesetiaan dan persahabatan. Saya memohon agar pembaca menghormati karya ini dan tidak mengaitkannya dengan unsur-unsur yang tidak bermoral
AMARAN CETUS ⚠️⚠️
Karya ini mengandungi elemen keganasan, adegan pergelutan, serta penculikan dan penderaan (fizikal/mental) bagi sesetengah bab. Kebijaksanaan pembaca amat diperlukan.
♡
Seorang lelaki bernama Amirul telah kehilangan ingatannya akibat kemalangan 10 tahun yang lalu. Namun, sepanjang 10 tahun itu tidak ada ancaman yang berlaku sehinggalah tahun ke 10 itu. Mampu kah Amirul melawannya bersama ingatan yang hilang?
*Cerita ni x semua serius. Tajuk nampak serius HAHAHA tapi saya x nk cerita ni terlalu serius. Ada happy, ada serius, ada sad. Just wait okay*
SELAMAT MEMBACA!
DATELINE :
Start : 1/1/2026
End :