Yang Tertulis Antara Kita ( H )

Yang Tertulis Antara Kita ( H )

  • WpView
    Reads 24,616
  • WpVote
    Votes 1,534
  • WpPart
    Parts 30
WpMetadataReadOngoing
WpMetadataNoticeLast published Sat, Mar 28, 2026
Azan Asar baru sahaja berkumandang. Hanya desiran angin menyelinap masuk ke ruang solat wanita, bersama bunyi serakan kain telekung yang tergesa-gesa dibetulkan. Aisyah Az-Zahra bergegas membetulkan lipatan telekung di bawah dagunya. Belum sempat dia berdiri tegak, suara imam mula kedengaran. Dalam diam, langkahnya terhenti. "Allahu Akbar..." Takbir itu... lembut, tetapi ada ketegasan yang menusuk jauh ke hatinya. Aisyah terpaku. Tangannya yang memegang sejadah sedikit terlepas. "Ya Allah, suara ni..." - Aisyah Az-Zahra Dia segera berdiri lalu beristighfar kecil dalam hati. "Astaghfirullahaldzim Aisyah, jangan fikir bukan-bukan..." - Aisyah Az-Zahra Namun, apabila imam mula membaca surah Al-Fatihah, dada Aisyah kembali bergetar. "Bismillahirrahmanirrahim..." Suara itu mengalun tenang, dengan nada yang sama seperti dahulu iaitu nada yang pernah menenangkan jiwanya, yang selalu membuatnya rasa selamat. Kelopak mata Aisyah mula membasah dan timbul satu soalan di dalam hatinya. "Abi...?" - Aisyah Az-Zahra Dia cuba menahan diri. Namun, setiap kali imam membaca ayat Al-Quran dan bacaan solat, fikirannya tidak tentu arah memikirkan suara itu lalu satu wajah terpampang dalam fikirannya. Akhirnya, air matanya kini jatuh di pipinya. Setiap huruf, setiap getaran suara itu seperti menyentuh hati yang telah lama kosong. Selepas salam terakhir, Aisyah masih duduk di atas sejadahnya. Hatinya berdegup laju, mata tak lepas dari tabir pemisah. Fikirannya masih berteka-teki dengan suara imam tersebut. Siapakah sebenarnya di sebalik suara itu, sehingga setiap alunan ayatnya mampu menggoncangkan ketenangan di hati Aisyah Az-Zahra?
All Rights Reserved
#752
trauma
WpChevronRight
Join the largest storytelling communityGet personalized story recommendations, save your favourites to your library, and comment and vote to grow your community.
Illustration

You may also like

  • Ammar(Biological Daddy)
  • [OG] Cinta Terakhir
  • My Grumpy Jealous Husband
  • 𝐎𝐧𝐞 𝐀𝐧𝐝 𝐎𝐧𝐥𝐲 | OG
  • MR PIRATE [Complete]
  • Racing Flame
  • DUDA milk ASYA
  • Forever Isn't What We Promised
  • Permission to Fall, Prof!
  • Dalam Luka Ada Kamu

Just a father - daughter relationship 🥵🔞

More details
WpActionLinkContent Guidelines