Sisa  [OG] [Hiatus]

Sisa [OG] [Hiatus]

  • WpView
    OKUNANLAR 9
  • WpVote
    Oylar 2
  • WpPart
    Bölümler 1
WpMetadataReadYetişkinDevam ediyor
WpMetadataNoticeSon yayınlanan Cts, Ara 6, 2025
Bahagia tak selalu hadir pada waktu yang kita pinta. Kadang-kadang, ia datang ketika hati sudah terlalu retak hanya tinggal sisa untuk diberikan. Elvira Qayreena, gadis tujuh belas tahun yang dijadikan galang ganti hutang keluarga. Dinikahkan dengan lelaki yang tak pernah mengenal makna kasih, dibuang keluarga, dan diceraikan sebaik melahirkan anak pertama. "Elvira Qayreena binti Mohd Elham, aku ceraikan kau dengan talak tiga!" Ariffin Haq. Hidupnya musnah begitu sahaja, namun takdir mempertemukannya dengan Farqal Alias. Lelaki yang mengembalikan makna 'dihargai'. Tapi bahagia itu singkat. Farqal pergi meninggalkan dunia... dan meninggalkan amanah kepada kembarnya, Farhal Aliaz. Lelaki yang kasar, dingin, namun setia menunaikan janji. "Berat sangat ke amanah tu?" Elvira Qayreena. "Jaga orang yang bukan mahram tanpa ikatan? Tak belajar hukum ke?" Farhal Aliaz. Dalam amanah, Elvira temui ketenangan yang tak pernah dia rasa. Dalam ejekan dan sindiran, tumbuh kasih yang tak pernah dirancang. Namun apabila masa silam datang menuntut, Elvira belajar bahawa bahagia itu tidak selalu sempurna. Kadang, ia hanyalah sisa yang masih tinggal selepas semua derita. "Kau mungkin bukan milik aku sepenuhnya, tetapi kau adalah amanah aku sepenuhnya. " Farhal Aliaz. 🖤🖤🖤🖤🖤🖤🖤🖤🖤🖤🖤🖤🖤🖤 AMARAN AWAL 💥🏴 JALAN CERITA INI MENGANDUNGI PERKATAAN YANG KURANG SOPAN, PERBUATAN YANG KASAR, TIDAK TERLALU SERIUS DAN MUNGKIN AKAN MENYENTUH SENSITIVITI MENTAL, EMOSI SETIAP WATAK YANG DIPAPARKAN. PEMBACA DIHARAPKAN UNTUK MEMBACA DENGAN FIKIRAN YANG TERBUKA DAN MATANG. TIDAK DIGALAKKAN UNTUK DIBACA OLEH PEMBACA BERUSIA 15 TAHUN KEBAWAH. SEKIAN TERIMA KASIH 🙏🏻. Tarikh mula : 06/12/2025 Tarikh tamat :
Tüm hakları saklıdır
En büyük hikaye anlatıcılığı topluluğuna katılınKişiselleştirilmiş hikaye önerileri alın, favorilerinizi kütüphanenize kaydedin ve topluluğunuzu büyütmek için yorum yapın ve oy verin.
Illustration

Ayrıca sevebilecekleriniz

  • Permission to Fall, Prof!
  • HELLO QASWAR
  • Derita Seorang Maira  | C
  • Forever Isn't What We Promised
  • Sedetik Lebih [COMPLETE]
  • Jika Kau Yang Memiliki || EDITING 2.0 [HIATUS]
  • Racing King
  • Bunga Jagaan Bodyguard [C]
  • Takdir terakhir kita [C]
  • 𝐅𝐋𝐈𝐆𝐇𝐓 𝐓𝐎 𝐋𝐎𝐕𝐄

Mina Alaya hanya ingin menamatkan pengajiannya dengan tenang. PhD yang sedang diusahakan hampir ke penghujung dan dia bertekad untuk melalui semester terakhir itu tanpa sebarang gangguan. Bagi Alaya, dunia akademik sudah cukup menuntut seluruh perhatian dan tenaganya. Namun, segalanya berubah apabila penyelianya bersara secara tiba-tiba. Dalam keadaan terdesak, tanggungjawab itu diambil alih oleh seorang profesor baharu, Prof. Dr. Luth Mirza. Seorang lelaki yang tenang, berwibawa dan sukar dibaca. Pertemuan mereka pada awalnya sekadar urusan akademik antara pelajar dan profesor. Tetapi keadaan menjadi semakin rumit apabila Alaya menyedari lelaki itu juga merupakan jirannya sendiri. Pertemuan yang tidak dirancang mula berlaku lebih kerap dan perbualan yang sederhana perlahan-lahan membuka ruang kepada sesuatu yang tidak pernah Alaya jangkakan. Di saat Alaya cuba menjaga batas dan prinsipnya, kehadiran Mirza sedikit demi sedikit mengganggu ketenangan yang selama ini dipertahankan. Apabila hati mula berbicara, Alaya terpaksa berdepan satu persoalan yang tidak pernah terlintas dalam fikiran. Adakah dia mampu mengejar impiannya tanpa kehilangan hati yang tidak sepatutnya dimiliki?

Daha fazla bilgi
WpActionLinkİçerik Rehberi