Nur Sofea Ineza Fyodor, gadis berdarah campuran Melayu dan Rusia, kehilangan kedua-dua ibu bapanya dalam satu kemalangan tragis yang misteri. Hidupnya yang tenang bertukar suram - dia dibawa tinggal bersama makcik Salmah di sebuah kampung terpencil di Perlis. Di sanalah dia mula mencari semula erti hidup dan jawapan kepada segala persoalan yang menghantui dirinya.
Namun, ketenangan itu tidak lama. Suatu hari, Sofea terdengar perbualan rahsia antara makcik Salmah dan suaminya tentang "anak lelaki yang hilang". Rasa ingin tahunya membawa dia menelusuri kisah silam keluarganya - kisah tentang perpisahan, pengkhianatan, dan rahsia besar yang disembunyikan daripada pengetahuannya selama ini.
Dalam pencariannya, Sofea bertemu dengan seorang pemuda misteriyang sering mengikutinya dari jauh. "Kau siapa? Kenapa kau ikut aku?" jerit Sofea.
Namun pemuda itu hanya membalas dengan suara perlahan, "Saya ada sesuatu nak cakap tentang kejadian hari itu..."
Kata-kata itu menjadi titik permulaan kepada perjalanan Sofea menyingkap kebenaran - tentang siapa dirinya yang sebenar, tentang abang yang tidak pernah dikenalinya, dan tentang rahsia lama yang mengubah segalanya.
Dalam perjalanan mencari identiti dan keadilan, Sofea bukan sahaja diuji dengan kebenaran yang menyakitkan, tetapi juga dengan cinta dan pengampunan yang tidak pernah dia jangka.
---
Seluruh Hak Cipta Dilindungi Undang-Undang