Story cover for Dalam Lipatan Genggam by doughnad
Dalam Lipatan Genggam
  • WpView
    Reads 183
  • WpVote
    Votes 21
  • WpPart
    Parts 2
  • WpView
    Reads 183
  • WpVote
    Votes 21
  • WpPart
    Parts 2
Ongoing, First published Nov 07
Mature
Mutiara 'Tia' Permata binti La'ali menyangka dia telah bertemu dengan cinta sejatinya: Tengku Afzan Danish bin Tengku Ghaisan. Jejaka tampan, tinggi, pengemas, dan berkarisma yang membuatkan jantungnya berdebar setiap kali mereka bertemu. 

Atas arahan ibunya, Puan Rosniahani, mereka dinikahkan hanya tiga bulan selepas pertemuan pertama. Yang mengukuhkan ikatan itu bukan sekadar cinta, tetapi wasiat arwah ibu Afzan, Puan Puteri Rahmawaty iaitu sahabat karib Puan Rosniahani sewaktu belajar dahulu. Wasiat itu menyebut tentang 'permata' yang harus dicari, dan Afzan akhirnya sedar bahawa ibunya merujuk kepada Tia.

Namun, kenikmatan perkahwinan yang Tia impikan perlahan-lahan menjadi sesuatu yang menyesakkan. Afzan semakin hari semakin posesif, seolah-olah menjadi hilang arah bila Tia tidak berada di sisinya. Walau berkali-kali Tia meluahkan rasa terkongkong, Afzan tetap bertegas yang dia hanya ingin melindungi Tia kerana dia terlalu mencintainya.

Di saat Tia hampir putus asa dengan perkahwinannya, Afzan tiba-tiba hilang tanpa kesan. Insiden itu membuatkan Tia menjadi tidak tentu arah dan patah hati. Dengan bantuan sahabat-sahabatnya, dia memulakan misi mencari suaminya.

Berjayakah Tia menemui Afzan semula? Adakah Tia akan berubah hati untuk menyelamatkan perkahwinannya?
All Rights Reserved
Sign up to add Dalam Lipatan Genggam to your library and receive updates
or
Content Guidelines
You may also like
My Husband: Rider of The Last Shadow (OG) by Mimiwaniey
13 parts Ongoing
Muhammad Haqq Ruzain, seorang juruterbang jet pejuang yang tidak pernah tertarik untuk mengenali mana-mana wanita di dalam hidupnya. Namun siapa sangka, pertemuan demi pertemuan telah mengubah segalanya. Dia mula membuka ruang hatinya untuk mengenali gadis yang bernama Nura Elnara. Nura Elnara, pelajar dalam bidang perubatan yang aktif melibatkan diri dalam aktiviti sukarelawan. Dia menyimpan satu impian besar untuk menebus kembali segala luka dan rasa kecewa yang diberikan oleh abang kandung sendiri terhadap ibu bapanya. Dia berusaha menjadi anak yang mampu menjadi tunjang buat keluarganya. Pertemuan Haqq dan Nara di LIMA'23 membawa hubungan mereka lebih akrab meskipun mereka sering bertikam-lidah seperti anjing dan kucing. Haqq yang tidak mahu mensia-siakan perasaannya, membuat keputusan berani melamar Nara secara tiba-tiba. "Jom kahwin dengan aku, nak?" -Haqq "Awak ajak kahwin macam ajak main pondok-pondok kan?" -Nara "Nara, aku tak main-main. Nak kahwin dengan aku tak?" -Haqq "Maaf, tapi saya tak nak." -Nara Lamarannya ditolak. Namun perasaan Haqq tidak pernah mati. Dia yakin, Nara adalah jodohnya dan dia memilih untuk terus menunggu. "Kalau kita berjumpa semula, kau kena terima lamaran aku. Itu dare untuk kau, boleh?" -Haqq "Baik, saya setuju," -Nara Nara yakin mereka tidak akan bertemu lagi. Tapi takdir berpihak pada Haqq. Mereka dipertemukan semula. Saat Nara bergelut menyelamatkan keluarganya, Haqq muncul membawa perlindungan, membawa cinta dan membawa janji lama. Sejauh mana seorang wanita sanggup berkorban demi keselamatan keluarga dan cinta sejatinya? Dan sejauh mana seorang Haqq Ruzain sanggup berjuang untuk melindungi wanita yang pernah menolak lamarannya dulu? "You know, Nara... whenever I open my heart, you're the only one I let in. And when I close it... you're still the one I hope never leaves." -Haqq Ruzain- Start: 1 july 2025 End:
IF I NEVER LOVE YOU ✔ by arynlxa
57 parts Complete
SYED ZARIF IZZHAN jatuh cinta pandang pertama kepada NUHA QISRINA, adik kembar NURA QISTINA. Dia sanggup merendahkan egonya untuk meminta bantuan daripada NURA QISTINA untuk menawan hati NUHA QISRINA. Tapi dia tidak tahu ada yang lebih mencintainya. Lebih dari dia mencintai NUHA QISRINA. NURA QISTINA hidup dengan bahagia sebelum datangnya NUHA QISRINA. Secara perlahan, orang yang disayangi menjauh darinya. Dia kini seperti barang yang digunakan untuk kebahagiaan orang lain. Untuk kebahagiaan orang yang disayanginya, kebahagiaannya sendiri terkorban. Hadirnya si jejaka dalam hidupnya mengubah segalanya. Jejaka itulah pembakar semangatnya sekarang. Jejaka itulah yang sentiasa membuatnya berasa disayangi. Jejaka itu menyayanginya lebih dari sesiapa. Tapi siapalah dia untuk mencintai dua jejaka dalam satu masa. Memang betul dia meyayangi jejaka itu. Tapi hanya sebagai seorang kawan yang baik. Ini kerana hati dan cintanya milik orang lain. Pada masa yang sama, SYED ZARIF IZZHAN yang dulunya terkejarkan NUHA QISRINA mula menyedari perasaannya yang sebenar. NUHA QISRINA bukanlah cinta sebenar yang dicarinya. Ternyata, jauh di lubuk hatinya mencintai orang yang selama ini dekat dengannya. Namun begitu, semuanya terlambat. Dia sudah menyakiti hati gadis itu. Dia membuatkan gadis itu menjauhinya. Dia telah membuatkan gadis itu membenci dirinya. "I need your help." "Aku akan rampas semuanya dari kau." "Aku akan sentiasa ada dengan kau." "Sekali aku benci, aku akan benci kau sampai bila-bila." "IF I NEVER LOVE YOU.." •••••••• {RANKING} #71 in Teen Fiction (29/6/18) #67 in Teen Fiction (2/7/18) #53 in Teen Fiction (5/7/18) #1 in Twin (11/7/18)
DIKIRIM SANG PENCIPTA  by vxntynaa_-
19 parts Complete
Sepanjang hidupnya, dia tidak pernah terlalu dedah kepada sosial kerana sikap dan adab yang tinggi dan disanjung. Dia dijaga rapi oleh ibu bapanya sehingga nama dia dikenal di mana mana company. Seorang yang mementingkan kawan, kedudukan, nama, jawatan dan tentulah mama dan papa. Tidak pernah terlintas di fikiran untuk berpisah dengan mama dan papa. Berkahwin? Nooo , benda yang paling dia mahu elak..baginya marriage is scary. Biarlah itu menjadi perkara terakhir untuknya. Sesuai maksud namanya, Amylea Zaisyar. Seseorang yang rajin , disayangi dan bersinar seperti bulan. Entah apa yang ganggu hidup dia, Amylea telah pun menjadi penghidap penyakit kronik dan tersangkut dengan doktor yang merawat dia sendiri. Adreal Zaidan yang membawa maksud lelaki kuat dan sentiasa berkembang. Pada hari Amylea gugur, lelaki itu bagaikan pokok layu tak bermaya. Mengenang kematian si isteri. Raisya, sebagai sahabat baik Amylea dari kecil dikenali sebagai seorang berhati mulia dan pemurah. Dia tidak pernah menyakiti orang . Dia dipaksa kahwin dengan Adreal memandangkan itu permintaan terakhir Amylea. Amylea tahu Raisya yang terbaik untuk Adreal dan Adreal yang terbaik untuk Raisya. Selepas perkahwinan mereka, Adreal tidak lagi sama seperti dahulu. Dirinya bertukar menjadi seorang yang sangat kejam dan tidak berhati perut. "Kau ingat kau Amylea? Sekali pun aku takkan layan kau macam mana aku layan Amylea!" Kata kata itu berulang dalam kepala Raisya, dia tahu ini bukan Salah dia. Dia tahu Adreal perlukan masa.
You may also like
Slide 1 of 10
My Beautiful Disaster ✔ cover
SEPARUH NYAWAKU PERGI - C cover
My Husband: Rider of The Last Shadow (OG) cover
BOOK I: THE KASYAF FAMILY [C] cover
JANGAN HILANGKAN DIA LONG VERSION cover
Pengantin Buat Nelayan (COMPLETE) cover
IF I NEVER LOVE YOU ✔ cover
DIKIRIM SANG PENCIPTA  cover
ARJUNA cover
PERFECTLY BROKEN: LOVE AND LIE [UNEDITED] cover

My Beautiful Disaster ✔

57 parts Complete

Nara Khalisya. Hidupnya tak pernah berputar pada satu paksi. Bebas tak terikat. Angkuh tak terkata. Sehingga kehadiran Haril Yusuf, mengubah segalanya. Egonya sama tinggi dan bicaranya tajam menusuk, namun kata cinta seringkali dihulur. "Kalau semua lelaki yang baik hanya untuk perempuan yang baik, apa yang akan berlaku kepada perempuan lain?" - Haril Yusuf. "Ada aku minta kau buat semua tu?" - Nara Khalisya. Kerana ego dan rasa takut untuk memberi komitmen, dia hilang cinta yang selama ini cuba ditepis. Hidupnya huru-hara. Jadi, di sinilah bermulanya my beautiful disaster. #1 in malaysia #1 in care #3 in romance #4 in remaja ••• Cover by @-THEWOLY