Mencuba untuk pulih dari luka mudah, tapi tidak jika ada kesan parut yang terlalu dalam. Bekas parut masih terlihat jelas dan sukar untuk disembunyikan. Parut itu membekas di hati Dian Wardina. Tetapi Dian tidak mengalah, masih ada semangat saki-baki hidup ingin merasai nikmat kebahagiaan. Setelah berjaya berjuang untuk hidup, Dian memulakan kehidupan baru tanpa orang lama dihidupnya.
"Diana Wardina?"
"Panggil saya Dian saja." Sehingga nama juga ingin diubah tanpa mengingati kejamnya masa lalu.
Di balik semua itu, ada seseorang yang selalu menjadi penyebab Dian kekal hidup tanpa Dian sedari. Meskipun di masa lalu Dian beberapa kali cuba meragut nyawa sendiri namun tidak berjaya. Dian sangkakan takdir menentukan untuk dia tidak mati. Tetapi di balik takdir itu ada Thaqif Erfan yang selalu berada di sisi Dian dari jauh.
Erfan hanya memerhati. Bertindak jika perlu. Menghibur dengan alam. Memujuk dengan waktu. Erfan hanya melakukan semua itu di luar pandangan Dian. Bagi Erfan, Dian hanya perlu bertahan hidup supaya dapat membuktikan deritanya bukan penghalang untuk Dian berjaya. Sejak Erfan tidak sengaja melihat kejadian kali pertama Dian cuba meragut nyawa sendiri sejak dari itu Erfan selalu mengikuti Dian agar perkara sebegitu tidak terjadi lagi. Sehingga Dian dapat keluarkan diri dari neraka itu, saat itu Erfan berjanji tidak akan mengikuti Dian kerana dia tahu Dian dah bebas memilih kebahagiaan yang diinginkan.
Tapi siapa sangka takdir tetap mengarah ke satu sama lain. Kali ini Dian yang sedar kewujudan Erfan. Susuk yang baginya tidak asing namun samar dalam ingatan Dian. Tanpa Erfan mengungkapkan siapa dirinya, Dian dapat tahu sendiri melalui takdir juga.
"Tiba-tiba aku kena jadi malaikat jadian yang halang kau dari jumpa malaikat maut." - Thaqif Erfan
Start: 10/11/2025
End
Status: On Going
All Rights Reserved