
Kadang-kadang, cinta pertama bukanlah yang paling indah, tapi cinta terakhir... itulah yang paling bermakna. Nur Derliayna Hanisya dan Muhammad Idham Hairiz mula mengenali satu sama lain semasa di bangku sekolah menengah. Dia, si gadis periang yang hyper dan penuh tenaga. Dia pula, senior popular yang mesra dan pandai bermain permainan olaraga. Mereka rapat bukan kerana cinta, tapi kerana persahabatan dan juga sedikit rasa yang tak pernah sempat diucap. Namun, takdir memisahkan mereka. Idham memilih orang lain, sementara Derliayna pula menutup rasa sendiri dengan senyuman palsu. Masing-masing melangkah pergi dengan hati yang diam-diam masih saling mengingati. Bertahun-tahun berlalu. Mereka kini dewasa, sudah punya kerjaya dan kematangan. Tapi takdir sekali lagi menemukan mereka di Majlis Alumni Sekolah Menengah Seri Bestari, tempat di mana segalanya bermula. Kali ini, mereka bukan lagi budak sekolah yang bermain-main dengan perasaan. Mereka bertemu semula dengan versi diri yang baru lebih matang, lebih jujur, dan mungkin... lebih berani mencintai. Adakah kali ini, cinta yang pernah tertinggal dulu... akan menjadi cinta terakhir?All Rights Reserved
1 part