
Tengku Hadif Syah, pewaris keluarga bangsaawan, kehilangan tunangnya, Tengku Afiqah dalam satu kejadian tragis. Hatinya hancur, hidupnya kian menggelap. Namun segalanya berubah apabila dia menemui kaitan misteri antara Afiqah dan seorang gadis biasa bernama Iris Alleona iaitu seorang pelayan restoran yang sempat melayani Afiqah sehari sebelum kejadian tragis menimpa Afiqah. Tanpa berfikir panjang sekaligus tanpa sebarang bukti yang kukuh dan sahih, Hadif mula menghampiri Iris, tujuan utama Hadif bukanlah utnuk berkenalan, akan tetapi datang membawa dendam. Dia mula mengatur strategi untuk menghancurkan hidup Iris secara perlahan sehingga gadis itu merasa penderitaan yang luar biasa walhal itu bukan salahnya. Namun seiring berjalannya waktu, hati Hadif semakin goyah dengan kebaikan Iris Iris bukan seperti yang dia sangka. Tapi siapakah yang telah membunuh Afiqah? Persoalan itu Kian bermain di benak fikirannya. Dapatkah Iris mendapatkan hati Hadif sedangkan Hadif amat membencinya?All Rights Reserved
1 part