Tengku Izzat Izzudin, CEO muda berdarah campuran - ayah Melayu dan ibu Germany - yang perfectionist dalam kerja dan seorang workaholic, digilai ramai wanita tapi dia hanya fokus pada kerjanya. Dia serius 24 jam, susah untuk senyum atau buka hati pada sesiapa. Semasa di sekolah, ketika dia di tingkatan 5, dia pernah menyukai seorang gadis satu sekolah dengannya, Adinda Asmara, yang ketika itu baru di tingkatan 2. Namun, Tengku Izzat tidak pernah berani meluahkan perasaan.
Adinda Asmara, seorang pengawas yang suka melawan dan sering langgar disiplin, memandang Tengku Izzat sebagai lelaki yang perasan bagus dan poyo. Oleh itu, dia membenci Tengku Izzat. Sebelum keputusan SPM keluar, Tengku Izzat telah mendapat tawaran sambung belajar ke Harvard, dan lama-kelamaan perasaannya terhadap Adinda mula pudar.
Beberapa tahun kemudian, nasib mempertemukan mereka kembali tanpa mengetahui siapa identiti sebenar masing-masing. Adinda Asmara, yang kini menggunakan nama Arisha, seorang doktor di klinik swasta, dan Tengku Izzat yang mula tergugat hatinya apabila bertemu wanita yang susah untuk ditakluki, tanpa tahu wanita itu adalah Adinda, yang pernah membencinya di sekolah dulu.
Adakah cinta Tg Izzat akan bersambut? Mengapakah Adinda Asmara menukar nama kepada Arisha? Akhirnya adakah mereka akan mengetahui identiti sebenar masing-masing?.