
Amani Nur Evara kelihatan seperti gadis yang paling tenang di dunia. Seorang doktor muda yang lemah lembut, dibesarkan sebagai anak angkat dan sentiasa merendah diri dengan kehidupannya yang sederhana. Namun di sebalik ketenangan itu, Amani menyembunyikan sisi gelap yang tak pernah sesiapa tahu-dia ialah Lily, salah seorang hacker elit The Moon's Flower, sebuah pasukan detektif rahsia yang bekerja di bawah bayang-bayang undang-undang. Di satu sisi lain, Muhammad Aryan Arasy pula membawa rahsianya sendiri. Di hadapan orang ramai, dia hanyalah Personal Assistant kepada Izz Raykal Daniel. Hakikatnya, dia adalah Calix, pakar siber dan salah satu otak terpenting dalam The Dark Velvet. Hidupnya bukan mudah - dibesarkan bersama ibu dan abang tiri yang jauh dari sempurna, Aryan belajar untuk berdikari sejak kecil. Amani dan Aryan pernah bertemu dahulu sewaktu di sekolah menengah, dalam sebuah insiden kecil yang membuatkan mereka saling ingat sampai sekarang. Mereka kembali bertemu di universiti - masih menyimpan perasaan dalam diam, masih belum berani melangkah lebih jauh. Namun apabila satu misi antara The Moon's Flower dan The Dark Velvet bertembung, rahsia-rahsia yang mereka simpan rapi mula terbongkar sedikit demi sedikit. Dua hati yang sama sunyi. Dua hidup dengan identiti tersembunyi. Dan satu kebenaran yang mampu memusnahkan atau menyatukan mereka. Dalam diam, mereka saling mencari. Dalam rahsia, mereka saling jatuh cinta. Kerana kadang-kadang, yang paling tenang itulah yang paling banyak tersimpan luka.All Rights Reserved
1 part