Story cover for Dia Yang Aku Mahu by husnaelaa
Dia Yang Aku Mahu
  • WpView
    Reads 56
  • WpVote
    Votes 5
  • WpPart
    Parts 3
  • WpView
    Reads 56
  • WpVote
    Votes 5
  • WpPart
    Parts 3
Ongoing, First published Nov 14, 2025
Selepas pernikahan yang indah, hidup Muhammad Hayyan Attaqi dan Nur Dahlia Candrana bagaikan syurga kecil mereka sendiri. Lambat-lambat, rasa cinta yang mereka pupuk sejak sebelum akad itu semakin mekar, hingga dunia seolah-olah milik mereka berdua.

Namun, kebahagiaan yang disangka kekal itu runtuh dalam sekelip mata.

Dahlia yang dulu manja, ceria dan selalu menagih perhatian suaminya, tiba-tiba berubah dingin. Jauh. Seolah-olah kasih yang pernah mengikat mereka semakin pudar hari demi hari. Hayyan cuba menafikan, tapi hatinya tahu, ini bukan sekadar masalah rumah tangga.

Ada sesuatu yang ingin memisahkan mereka.

Apabila Dahlia mula meracau, menangis tanpa sebab, dan merayu dalam suara yang Hayyan sendiri tak pernah dengar sebelum ini, barulah dia sedar, rumah tangga mereka telah menjadi mangsa buatan orang dan yang lebih kejam, minyak dagu yang membuatkan jiwa Dahlia menderita dalam diam.

"A-abang... tolong Dahlia... s-sakit sangat..."
-Nur Dahlia Candrana

Hayyan, dengan hati yang hampir pecah, hanya mampu memeluknya erat.

"Tahan, sayang. Dahlia kena lawan... Dahlia jangan bagi dia menang." -Muhammad Hayyan Attaqi

Tetapi gangguan itu tidak tinggal diam.

"Kenapa kau nak tolong dia? Dia hanya mahukan tuan aku!"

Dalam perjuangan menyelamatkan isterinya, Hayyan menempuh malam-malam penuh tangisan, ruqyah, dan doa yang tidak pernah putus. Dia berjuang bukan hanya melawan sihir, tetapi juga melawan ketakutan kehilangan satu-satunya wanita yang dia mahu sampai akhir hayat.

Dan Dahlia pula, di tengah derita yang hampir menghilangkan dirinya, bertarung untuk mengingati satu kebenaran.

Hayyan adalah rumahnya.
Dan dia... adalah wanita yang Hayyan pilih untuk selamanya.

Akhir dari kisah ini bukan tentang kegelapan yang merosakkan mereka,
tetapi tentang dua jiwa yang kembali berdiri semula, bersama, setelah diuji dengan luka paling dalam. Kerana cinta yang disandarkan pada Tuhan, tidak pernah tewas.
All Rights Reserved
Sign up to add Dia Yang Aku Mahu to your library and receive updates
or
Content Guidelines
You may also like
Racing Flame by bluebixxx
58 parts Complete
DAREEQ EZRA, seorang pelumba Formula 1 yang terkenal dengan gelaran 'Born Racer'. Seawal umur 18 tahun, dia mula mencipta sejarah sebagai pelumba paling muda yang meraih podium. Namun seiring umurnya meningkat, dia mula rasa tekanan dengan kerjaya dan kejayaan sendiri. Kesilapan sedikit mengundang kecaman orang. Dia mula hilang keyakinan. ZEANISSA, seorang gadis yang langsung tak tahu dengan dunia motorsport. Senang cerita, dia tak berminat. Disebabkan ajakan rakan-rakannya, dia akhirnya jejakkan kaki buat pertama kali di litar lumba. "Aku nak pergi dari sini. Aku tak nak duduk sini. Kau ada caranya?!" - Zeanissa Sakit yang dirasakan tidak terperi apabila dia dibenci dan diperlakukan teruk oleh rakan baik sendiri. Zeanissa benar-benar terluka. "Kau pernah cakap kau tak nak duduk dekat sini. Kau tanya aku caranya, and ini jawapan aku." - Dareeq Ezra Tiada angin, tiada ribut tiba-tiba dia dilamar oleh si driver Mercedes AMG Petronas yang sangat popular dalam dunia Formula 1. Zeanissa mati akal. Namun memikirkan kesedihan yang sedang ditanggungnya, dia bersetuju. Untuk berkahwin dan ikut Dareeq ke Monaco. Perkahwinan yang pada mulanya hanya sekadar atas dasar kepentingan mereka perlahan-lahan menimbulkan perasaan yang melibatkan hati. Namun hubungan yang baru mekar seperti bunga perlahan-lahan layu. "Apa lagi yang abang tipu Zea? Apa lagi?!" - Zeanissa "Abang minta maaf. That freaking jealousy's eating me up. It's killing me inside." - Dareeq Ezra 📎story ni rekaan semata mata 📎maaf kalau grammar berterabur 📎light conflicts 📎update setiap hari 2 chapter JANJI Start : 04/09/2025
You may also like
Slide 1 of 10
Grandes High School (Leslie & Sean) {Proses penerbitan} cover
Loving And Loved cover
watanabae. ✓ cover
TEAM PARANORMAL X EXTREME 2 cover
Ilmu Sesat #Susuk  [COMPLETED] cover
KISAH SERAM "POCONG" cover
Cinta Yang Telah Mati [ C ] cover
Racing Flame cover
Between Lies And Love cover
KISAH SERAM 'PENANGGAL' cover

Grandes High School (Leslie & Sean) {Proses penerbitan}

58 parts Complete

Leslie dan Sean sudah dinyatakan lulus dari Grandes High School. kini mereka tengah menuntut ilmu di sebuah universitas. Awalnya kehidupan mereka berjalan dengan lancar, hingga beberapa masalah yang berhubungan dengan hantu kembali menimpa Leslie. Leslie sangat menyadari kemampuannya itu akan membuatnya selalu terlibat dengan para hantu. Namun ... benarkah hanya masalah hantu yang akan dihadapi Leslie dan Sean? Sepertinya beberapa masalah besar yang akan menguji percintaan mereka akan muncul di cerita ini. Daripada penasaran lebih baik kalian ikuti saja ya ceritanya. NB: CERITA INI MERUPAKAN CERITA KETIGA DARI SERI GRANDES HIGH SCHOOL. SANGAT DISARANKAN UNTUK MEMBACA CERITA PERTAMANYA : GRANDES HIGH SCHOOL (LESLIE), DAN CERITA KEDUANYA: GRANDES HIGH SCHOOL (ANGIE) TERLEBIH DAHULU. SUPAYA KALIAN MENGERTI TOKOH DAN ALUR CERITANYA. Happy Reading... Jangan lupa tinggalkan Vomentnya ya...