23 parts Ongoing Zara Amelia pernah terlibat dalam satu skandal cinta dengan seorang artis terkenal. Skandal itu menghancurkan reputasinya, walaupun dia bukan punca sebenar. Untuk 'survive', dia terpaksa ubah strategi-lebih lantang, lebih berani, dan lebih 'real'. Dalam masa tiga bulan, follower-nya melonjak semula, dan dia kembali relevan... tapi kosong dalam hati.
Haidher Lutfi, CEO syarikat hiburan digital, seorang pemain industri yang tahu menilai bakat dan 'influence'. Dia nampak potensi dalam Zara, lalu menawarkan satu kerjasama:
"3 bulan. Awak jadi wajah untuk kempen besar syarikat saya. Selepas itu, kita anggap tak pernah kenal."
Zara setuju-kerana duit, kerana peluang, bukan kerana Haidher.
Tapi sepanjang tiga bulan itu, Zara dan Haidher mula 'tersangkut'. Mereka mula bergaul bukan hanya untuk kerja. Zara mula kenal sisi Haidher yang tidak ramai tahu: dia sebenarnya takut pada hubungan, pernah dikhianati tunang, dan tak percaya pada komitmen.
Semuanya kelihatan ringan, senyuman, sesi photoshoot, makan malam gala, content TikTok bersama.
Sampai satu hari...
Zara jatuh cinta. Tapi kontrak akan tamat.
"Tiga bulan dah cukup. Jangan tamak rasa yang bukan milik kau." - Haidher
"Masalahnya, kau buat aku percaya cinta tu bukan mustahil." - Zara
Tapi bolehkah cinta tumbuh daripada perjanjian yang ada tarikh luput?