Putih dan Kerisnya

Putih dan Kerisnya

  • WpView
    LECTURES 13
  • WpVote
    Votes 2
  • WpPart
    Chapitres 1
WpMetadataReadEn cours d'écriture
WpMetadataNoticeDernière publication lun., nov. 17, 2025
WpInfo
Fiction
Historique
Pada zaman kemegahan Kesultanan Melayu Melaka, maka tersebutlah kisah seorang puteri bongsu yang tiada tandingan parasnya. Tun Seri Kencana Putih namanya, harum kemasyhuran budi pekerti dan keelokan wajahnya hingga tersebar ke seluruh pelusuk negeri. Lembut tutur katanya, sopan langkahnya, dan ayu gerak lakunya sehingga para dayang sering berkata "Andai dipijak semut sekalipun, nescaya tidak mati." Demikianlah anggapan sekalian penghuni istana. Tiadalah sesiapa yang menyangka bahawa di sebalik senyumannya yang manis, tersimpan suatu rahsia yang lebih besar daripada seluruh khazanah Melaka. Tatkala fajar terbenam dan pelita istana mulai malap. Si puteri menanggalkan segala kemewahan yang membelit dirinya. Diselubung pakaian hitam pekat serta tersisip sebilah keris warisan pusaka milik keluarga kerabatnya. Maka ia pun menjelma menjadi seorang yang lain sama sekali. Pendekar bayang yang memelihara keamanan Melaka tanpa diketahui sesiapa. Sejak kecil lagi, telah terserlah kepetahan tangannya menggenggam keris. Namun adat istiadat istana tidaklah mengizinkan seorang puteri turun ke gelanggang persilatan. Maka diam-diamlah ia berlatih, bertemankan sabda-sabda hikmah para pahlawan lama dan gema angin malam yang setia merahsiakan ilmunya. Walaupun kecil tubuhnya, cekatan geraknya; walaupun halus wajahnya, tegar hatinya laksana waja ditempa api. Menjelang usia tujuh belas tahun, langkahnya pantas bagaikan bayang, tikamannya tepat bagaikan kilat menyambar. Tatkala lanun cuba menceroboh perairan, atau musuh menyusup masuk melalui rimba sunyi, bangkitlah seorang perwira berselubung yang tiada dikenali. Askar Melaka dan rakyat jelata menamakan sosok itu 'Harimau Malam', kerana kemunculannya setangkas sang belang, dan kehilangannya sepantas kabus yang hilang ditelan subuh. Namun, sekiranya mereka tahu hakikatnya bahawa sang Harimau Malam tidak lain tidak bukan ialah puteri paling ayu di istana, nescaya seluruh negeri akan terpegun.
Tous Droits Réservés
#714
action
WpChevronRight
Rejoignez la plus grande communauté de conteursObtiens des recommandations personnalisées d'histoires, enregistre tes préférées dans ta bibliothèque, commente et vote pour développer ta communauté.
Illustration

Vous aimerez aussi

  • SULTANAH
  • Zombie: Lo.R.D.I.
  • LASYKAR ILMI 3: FAEEQ ALI [C]
  • Kal Marjan
  • LAGENDA:PAWANA ARJUNA
  • Sumpah Amerta
  • Bahtera Merdeka II: Senyuman Dendam
  • 37. The Lost Crown
  • Bahtera Merdeka
  • Dreaming Back To Malacca Dynasty: Royal Cuisine
SULTANAH

"Beta akan kembalikan kegemilangan empayar Qhori!" Seorang puteri lahir melihat dunia. Jatuhnya darah Sultanah Umamah nyeri ke lantai istana hampir mangkat demi memberi sirna keajaiban buat rakyat jelata- tidak! Bukan semata rakyat jelata, bahkan seluruh makhluk tanah air Qhori! Perkhawinan Sultanah Umamah dan Raja Tauseef dirangcang oleh kedua buah keluarga. Mereka dari empayar yang berbeza. Sebuah perjanjian termeterai demi menjaga hak serta kedaulatan empayar Qhori yang dibuat oleh Sultan Umer Uthbah iaitu ayahanda Sultanah Umamah dan ditandatangani oleh Raja Tauseef sendiri. Apakah isi perjanjian itu? Maka, sejarah baru bermula. Helaian lama dibuang- lebih parah, hak rakyat tergadai demi kemaslahatan empayar pimpinan Raja Tauseef yang kini mendapat gelaran Sultan. Apa yang disajikan? Kebahagian? Senyuman manis? Janji setia? Di mata rakyat semuanya baik saja. Tiada cacat cela tetapi figura itu saksikan di depan mata bagaimana hak rakyatnya terhakis sedikit demi sedikit. Ibundanya hanya digunakan demi mengaut keuntungan! Perkhawinan cumpur untuk mengeratkan hubungan politik dua empayar? Pfftt- bohong!

Plus d’Infos
WpActionLinkDirectives du Contenu