𝓲𝓵𝔂𝓪 𝓪𝓻𝓯𝓲𝓷𝓪 ❦ 𝓪𝓱𝓶𝓪𝓭 𝓵𝓾𝓺𝓶𝓪𝓷 𝓽𝓱𝓪𝓾𝓯𝓲𝓺
'let the butterflies tells the story.'
Dalam dunia yang tidak pernah memberinya ruang untuk bernafas, Ilya Arfina membesar dengan satu kehilangan yang membentuk segalanya. Cinta pertamanya pergi terlalu awal, meninggalkan luka yang tidak pernah benar-benar sembuh. Di sebalik wajah tenang dan langkah yakin, Ilya menyimpan peperangan yang tidak pernah dilihat sesiapa.
"If loving me is hard, imagine how hard it is for me to love myself."
- Ilya Arfina
Apabila kebenaran demi kebenaran mula terdedah, Ilya terheret dalam jaringan rahsia, pengkhianatan dan bahaya yang tidak memberi amaran. Setiap keputusan menuntut harga. Setiap langkah mengundang ancaman. Dia tidak lagi tahu siapa yang boleh dipercayai, dan siapa yang sedang menunggu saat untuk menjatuhkannya.
Di tengah kekacauan itu, hadir Ahmad Luqman Thaufiq. Lelaki yang tidak menjanjikan keselamatan, tetapi berdiri walau dunia runtuh. Hubungan mereka bermula dengan curiga, berkembang dalam kejar-mengejar, tembakan, dan malam-malam yang dipenuhi debaran nyawa.
"I think... I can love you."
- Ahmad Luqman Thaufiq
Namun cinta bukanlah penyelamat mutlak. Dalam permainan yang mempertaruhkan hidup dan kebenaran, Ilya harus memilih antara melarikan diri daripada masa silam, atau menghadapinya walaupun itu bermakna kehilangan segalanya.
Kerana dalam dunia yang kejam, cinta bukan sekadar rasa.
Ia adalah risiko.
Dan tidak semua orang akan selamat hingga ke penamat.
trauma, keberanian, dan cinta yang lahir di medan bahaya.
MAFIA SERIES || BAD BOY SERIES
Disebabkan satu peristiwa, dua hati bersatu. Dari musuh menjadi pasangan. Menentang peristiwa yang akan mendatang.
Tengku Aiman Ieskandar, seorang jejaka yang tidak tahu apa erti sayang dan seorang jejaka yang tidak mahu bertentang mata atau memupuk cinta bersama gadis - gadis yang ada di hadapan mata. Tetapi, apabila datangnya Nurfa Adreana di dalam hidupnya, dia berubah seratus peratus dirinya hanya untuk wanita kesayangannya.
Tengku Aiddan Iman, seorang jejaka yang berlainan perwatakan nya. Terpaksa bergabung hati bersama si gadis, Isya Danisya. Hari demi hari, perasaan cinta dan sayang mula menghadirkan diri ke dalam hati masing - masing.
Tengku Aisy Rizqy, seorang jejaka mafia yang digeruni ramai. Hati sedingin batu, tidak mampu dicairkan. Tetapi letak sahaja Lisa Mikayla di hadapan matanya, pasti jejaka itu akan bertukar lemah lembut. Dari hati yang sedingin batu kini bertukar menjadi hati dipenuhi bunga.
Dapatkah mereka menumpaskan Im Arsyad, ketua mafia merangkap musuh utama mereka? Mampukah mereka menyatukan kerjasama yang sempurna? Mampukah rumah tangga mereka diselamatkan?Semua jawapan ada di dalam buku ini. Selamat membaca!
Lisa nak korang semua share, comment and the last thing is, vote!
Goodluck!