πΌππΌππ πππΏπππΌ kehilangan seluruh keluarganya dalam satu kemalangan yang meragut segalanya kasih, tawa, dan tempat untuk pulang. Sejak hari itu, hidupnya seolah berhenti. Namun waktu terus berjalan, dan Amani selepas mengambil result spm untuk memilih mengembara jauh, menyambung pelajaran di luar negara demi mencari tenang yang entah di mana.
Di universiti, hadir seorang lelaki bernama πππππΌπ ππΌπππ caring, penyayang, dan setia menemani langkah-langkah rapuh Amani. Dia tidak datang untuk menggantikan sesiapa, hanya ingin memastikan gadis itu tidak terus hilang dalam sepi. Tapi tanpa sedar, dalam setiap doa dan senyum kecil Amani, Luqman jatuh cinta.
Namun cinta itu tidak mudah. Amani masih belajar mencintai kehidupan, sementara Luqman hanya mampu menunggu dengan sabar, di jalan panjang yang mereka lalui bersama.
Dan ketika Amani kembali ke sekolah lamanya untuk satu Majlis Kenangan, dia akhirnya menyedari mungkin, jalan panjang yang penuh luka itu sebenarnya sedang membawanya pulang... kepada cinta yang diam-diam menunggu.
All Rights Reserved