Raina Aerys, pelajar tahun akhir di Aurora University of Technology & Arts, gadis introvert yang terlalu lembut untuk dunia yang sering mendesak. Dia hidup dengan hati yang selalu memilih orang yang tak memilihnya kembali, dan minda yang berlari lebih laju daripada emosinya sendiri. Bila dunia jadi terlalu bising, dia menulis dalam Notes App dengan diam, sendirian, supaya hatinya tak tenggelam.
Aryan Luqman, pelajar kejuruteraan di universiti yang sama, lelaki tenang dengan mata yang melihat lebih daripada apa yang dia pernah luahkan. Dia memikul rasa bersalah lama, luka yang tak pernah dia akui wujud, dan ketakutan untuk menyentuh hidup sesiapa terlalu dekat. Dia belajar mendengar, bukan kerana minat... tetapi kerana masa lalu mengajarnya betapa sunyinya seseorang yang tak pernah didengari.
Pertemuan mereka di sebuah projek komuniti universiti nampak biasa, tetapi memberi kesan luar biasa.
Aryan perasan cara Raina meminta maaf atas kesalahan yang bukan miliknya.
Raina perasan cara Aryan membantu tanpa berkata apa-apa, seolah-olah dia faham beban yang tak pernah terluah.
Dalam bising kota Aurora, mereka menemui ruang selamat yang tak mereka sedari mereka perlukan:
perhatian yang lembut, jarak yang selesa, dan perasaan yang tumbuh perlahan... terlalu perlahan.
Tapi ketika jarak mula tercipta, bukan kerana hilang rasa, tetapi kerana ketakutan yang diwariskan oleh masa lalu. Kedua-duanya belajar bahawa cinta bukan sekadar rasa.
Ia keberanian.
Ia pilihan.
Ia kejujuran yang susah untuk dua jiwa yang terlalu pandai menyembunyikan diri.
Kadang-kadang...
yang pecah bukan hubungan,
tetapi keyakinan bahawa kita layak disayangi.
Moments Between Us ialah kisah tentang dua hati yang belajar kembali bernafas, kembali memilih, dan kembali percaya bahawa cinta yang betul mungkin datang perlahan, tetapi ia datang tepat pada waktunya.
Start : 20 November 2025
End : -
All Rights Reserved
"Apabila dua hati yang terluka tinggal di bawah satu bumbung, siapa yang akan menyerah terlebih dahulu - dia yang membenci, atau dia yang disakiti?"
Hairy Haider pernah mencintai sepenuh jiwa. Namun selepas kematian isterinya dalam satu tragedi, cintanya mati bersama wanita itu. Yang tinggal hanyalah seorang lelaki dingin, angkuh, dan penuh dendam terhadap dunia.
Dipaksa berkahwin dengan Hanna Helina bukan sesuatu yang dia mahukan. Bagi Haider, gadis itu hanyalah beban yang dipaksa masuk ke dalam hidupnya. Tidak dialu-alukan. Tidak dihargai.
Hanna pula tidak pernah meminta perkahwinan ini. Namun demi keluarga, dia taat. Dia cuba menerima takdir sebagai isteri kepada lelaki yang hanya tahu menyakitkan hati. Walaupun serumah, mereka tidur berasingan. Bertahun pun tidak, Hanna sudah tahu, cinta bukan sesuatu yang akan mudah dia terima dari lelaki itu.
Namun dia tetap bertahan. Dia percaya, jika terus ikhlas dan sabar, mungkin tembok es yang membeku itu akan cair juga satu hari nanti.
Tapi realitinya tak semudah harapan.
Haider terus menyakiti. Terus mencemuh. Terus membandingkan dirinya dengan arwah yang tidak akan pernah dia kalahkan.
Sementara Hanna berperang dengan air mata setiap malam, Haider pula berperang dengan bayang silamnya sendiri. Dia nampak segala kebaikan Hanna. Dia tahu dia kejam. Tapi terlalu banyak yang dia pendam. Terlalu takut untuk jatuh cinta lagi. Terlalu ego untuk memulakan.
Sehinggalah satu malam yang sunyi, Hanna akhirnya akur pada takdir.
"Saya dah penat hidup macam ni, lepaskan saya."