Takdir Luka Rissa [C]
Kadang-kadang... sebuah rahsia terlalu berat untuk terus dikuburkan."
Muhammad Hafzan bukan lelaki sempurna. Dilahirkan dalam keluarga sederhana, dia dibesarkan dengan nilai agama dan adab. Tapi satu silap, satu malam gelap bersama Ara Nabella - gadis yatim piatu yang selama ini cuma mahu menjaga maruahnya - telah mengubah segalanya.
Mereka hanyut. Mereka terlanjur.
Dan kerana itu, mereka menikah secara rahsia di sempadan Thailand.
Ara, gadis pendiam yang membisu setiap luka, memilih untuk tunduk dalam diam. Abangnya, Irfan, tidak pernah tahu kebenaran tentang perkahwinan adiknya. Hafzan pula terus berpura-pura menjalani hidup bujang - hinggalah keluarganya ingin menjodohkannya dengan anak kepada rakan bisnes ayahnya.
Sofi Dyana.
Perempuan bertudung labuh. Lemah lembut. Calon menantu dambaan.
Dan tanpa siapa tahu, dialah yang akan menjadi isteri kedua Hafzan - secara sah, secara terang. Sedangkan Ara... masih menjadi isteri pertama yang disembunyikan.
Antara tanggungjawab dan pilihan, antara cinta dan kejujuran - Hafzan mula terperangkap dalam jaring yang dia sendiri bina. Bila satu demi satu rahsia terbongkar, siapa yang akan tersakiti? Ara yang selama ini memendam segalanya... atau Sofi yang tidak tahu dia sedang mencuri tempat seseorang?
Dalam hidup ini, tak semua luka boleh dijahit semula.
Dan tak semua jiwa yang patah mampu pulih semula.
Ini bukan kisah cinta biasa. Ini kisah tentang... Jiwa Yang Tak Selesai.