I cinta Kamu [COMPLETE] (EDIT ✅)
Puteri Alora, gadis berusia 23 tahun yang lembut dan polos, tidak pernah menyangka dirinya akan dijodohkan dengan seorang jejaka yang digeruni ramai Rauf Faiq Adam. Jejaka tampan itu bukan sahaja berkarisma, malah punya sisi dingin dan mengerikan yang membuatkan orang sekeliling gentar dengan kehadirannya.
Sejak dahulu lagi, Datin Aminah, ibu kepada Faiq, sudah menyimpan hasrat mahu menjadikan Alora menantunya. Malah, hasrat itu pernah disuarakan kepada bonda Alora sendiri. Dan kini, janji itu benar-benar terlaksana.
Namun, Alora langsung tidak mengenali siapa Faiq sebenarnya. Perjalanan mereka bermula dengan salah faham, ego dan bentakan jiwa-
"Eh cik kak... boleh tak awak balik dulu? Mama saya nak jumpa awak." - Rauf Faiq Adam
"Awak ni memang tak reti ke nak bagi salam dulu?" - Puteri Alora
Di sebalik perkahwinan tanpa cinta, hadir doa seorang isteri yang tulus.
"Ya Allah, jika dia betul jodohku... bukalah hatiku untuk melayani dan mencintai dia dengan sepenuhnya." - Puteri Alora
Bagaimanakah kesudahan kisah mereka?
Mampukah Faiq membimbing Alora ke jalan yang benar, atau sisi gelapnya akan menghancurkan rumah tangga yang baru dibina?
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
❕Amaran❕cerita ini mungkin ada menggunakan kekerasan dan bahasa yang kasar'
Cerita ini juga 100% hasil dari imaginasi saya. Jikalau ada jalan cerita dan watak yang sama saya minta maaf.
<Happy Reading Everybody>