Nayla Arissa, 22 tahun, baru menamatkan pengajian, tetapi hidupnya jauh daripada indah. Dilahirkan sebagai anak luar nikah, Nayla membesar dengan kekayaan... namun tanpa kasih sayang. Kedua-dua ibu bapanya hanya melihatnya sebagai aib keluarga. Lantaran itu, Nayla membesar liar, hilang arah, dan sentiasa mencari perhatian yang tidak pernah dia dapat.
Dalam kekosongan itu, hadir seorang lelaki, Arden Kamil, kekasihnya yang tampan, glamor, dan hanya pandai bermain kata. Dialah satu-satunya tempat Nayla mencari kasih, walaupun lelaki itu tidak pernah benar-benar mahukannya. Namun kebergantungan Nayla membuatkan dia terjerat dalam cinta yang salah.
Segalanya hancur apabila Arden curang dan mahu meninggalkannya. Nayla yang terdesak, memujuknya agar bertanggungjawab atas kandungannya. Namun Arden menafikan, dan menolak mentah-mentah. Bagi Arden, dia cuma satu malam tersilap. Bagi Nayla, itu seluruh hidupnya.
Sendirian, ditolak kekasih, diperlekeh keluarga, Nayla akhirnya membuat keputusan paling gelap dalam hidupnya, mengakhiri semuanya.
Pada malam dia berdiri di tepi bangunan, dunia mempertemukan Nayla dengan seorang lelaki yang tidak pernah dia kenal... tetapi menjadi penyelamat yang tidak pernah dia duga.
Riaz Haqeem, 28 tahun, seorang ahli bomba elit yang berkemahiran tinggi. Anak tunggal keluarga berada, berpendidikan tinggi, namun memilih kerjaya bomba atas minat dan prinsip, menyelamatkan jiwa adalah tujuan hidupnya. Riaz tidak pernah bercinta, walaupun ibu bapanya mahu dia bersama seorang wanita yang tergila-gilakannya. Namun hati Riaz tetap kosong.
Hinggalah panggilan kecemasan itu datang.
Seorang wanita yang sudah hilang harapan dan hidupnya hancur kerana cinta.
Dan saat Riaz melihat Nayla, mata yang penuh luka, tubuh yang menggigil, dan tekad yang hampir memusnahkan dirinya, dunia Riaz berubah. Dia tidak mengenalinya, tetapi dia merasakan perlu menyelamatkan lebih daripada sekadar nyawanya.
"Cik tak perlu takut. Saya ada. Cik akan selamat selagi cik ada dengan saya" - Khair
Insiden kebakaran yang berlaku menemukan Hana dengan seorang abang bomba kacak.
Momen yang sekejap. Tetapi berjaya mencuit hati seorang Hana. Sejak itu, Hana rasa hatinya telah dicuri! Macam-macam helah dia lakukan untuk mengorat abang bomba yang merupakan heronya.
"Nama abang apa tadi ya? Hmm susah lah pulak nak sebut. Panggil sayang je boleh tak?" - Hana
"Maaf, tapi saya tak berminat nak berkenalan dengan cik," - Khair
Tapi abang bomba kita ni hati batu. Sikit pun dia tak lut dengan ayat-ayat manis bergula Hana. Namun, air yang tawar, jikalau terus digaulkan dengan gula tetap akan manis kan?
Tanpa sedar, hati Khair juga mula berdebar diketuk perasaan aneh. Dinding keras yang dibina memagari hatinya selama bertahun sedikit demi sedikit kian retak dengan kehadiran Hana.
Perpisahan terjadi. Namun takdir menemukan mereka sekali lagi. Kala itu, Khair sedar. Hana adalah jawapan kepada doa yang dia langitkan selama ini.
"Bukan kerana bertemu lalu kita berjodoh, tetapi kerana berjodohlah lalu kita bertemu," - Khair
Ini kisah Hana yang gedik dan abang bomba dia yang nonchalant.
Kisah yang aneh... tapi manis.
Yang membara panas.... tapi hangat.
Ini,
Kisah mereka.
⚠️ CRINGE OVERLOADED!