MY LITTLE FLOWER II COMPLETED✅

MY LITTLE FLOWER II COMPLETED✅

  • WpView
    LECTURES 16,366
  • WpVote
    Votes 6,228
  • WpPart
    Chapitres 52
WpMetadataReadTerminé sam., juin 13, 2026
Dia, sang hero berwajah matang, berpangkat tinggi, namun memilih diam memendam rahsia. Dan dia, heroin ceria yang polos, yang tanpa sedar telah menyangka sang hero hanyalah seorang pengawal keselamatan. Itulah definisi yang tepat bagi pasangan untuk kisah ini. Pertemuan yang sepatutnya biasa-biasa akhirnya menjadi permulaan kisah luar biasa. Rae Kyrell, lelaki beku dan tegas, membiarkan saja salah faham itu berlarutan hanya kerana melihat senyuman Alya Adriana adalah sesuatu yang ingin dia simpan lama. Dan dari salah sangka itulah, mereka semakin rapat, tanpa dirancang. "Dengan gaji awak yang kerja sebagai pengawal keselamatan ni awak rasa cukup ke nak sara keluarga?" "Kalau kita tanam rasa syukur dalam hati... berapa gaji pun yang kita dapat, tetap akan rasa cukup," kata Rae dengan tenang. Kata-kata yang membuat Alya terpaku. Membuatkan dia tersedar bahawa lelaki di hadapannya ini bukan sembarangan manusia. Hari demi hari, Rae menjadi tempat Alya berpaut saat dunia meruntuh. "Awak dah sampai sejauh ini. Kenapa nak berhenti sebelum garisan penamat?" Suara itu menjadi semangat, menjadi teduh, menjadi rumah. Namun ketika segalanya terasa tenang, badai mula merangkak masuk. Ada cinta yang ingin diraih, tetapi ada garis takdir dan batas yang tak mampu mereka langgar. "Saya nak genggam tangan awak... tapi saya tahu saya tak boleh ambil awak dari Tuhan awak." Dan perpisahan pun menjadi ujian yang harus mereka telan. "Ucapan selamat tinggal bukan pengakhiran kita... sebaliknya hanya permulaan versi yang lebih baik. Bila tiba masanya nanti, saya akan kembali untuk menjadi lelaki terbaik dalam hidup awak." Ini bukan sekadar kisah tentang pertemuan dan perpisahan. Ini kisah dua jiwa yang saling mencari dalam cara yang paling tidak disangka. Collaboration with author @miasharixaa START: 6/12/2025 END: 6/5/2026
Tous Droits Réservés
#215
romance
WpChevronRight
Rejoignez la plus grande communauté de conteursObtiens des recommandations personnalisées d'histoires, enregistre tes préférées dans ta bibliothèque, commente et vote pour développer ta communauté.
Illustration

Vous aimerez aussi

  • AIDID ALFIAN: KITA BERMULA SELEPAS AKAD II COMPLETED✅
  • HER ASSASSIN 2
  • Vow Of Hope
  • Secret Latte Love | OG [hiatus]
  • Cinta Tanpa Ruang
  • Derita Seorang Maira  | C
  • Irama Kirana [ايراما كيرانا] ✓
  • Jika Kau Yang Memiliki || COMPLETE
  • Permission to Fall, Prof!
  • Haizel: Ms Astrophile

KNOWN AS CINTA YANG SUCI Dua hati yang tidak pernah bersua, tidak pernah bersapa namun dipertemukan oleh takdir yang ditulis tanpa sempat diminta. Kedengaran kolot? Mungkin. Tapi ada sesuatu tentang aturan Ilahi yang selalu hadir dengan cara paling tak terduga. Dalam sekelip mata, hidup mereka berubah. Sebulan untuk bertunang. Dan pada hari raya ketiga, sebuah ikatan sah terjalin. Cepat dan mengejutkan seolah-olah mereka melangkah ke dalam perjalanan yang belum sempat difahami. Sebuah kemalangan kecil menemukan mereka buat seketika, cukup untuk mencuri pandang dan degupan jantung yang tiba-tiba menjadi asing. Namun mereka berlalu, menganggap itu hanyalah pertemuan dengan orang asing... tanpa tahu hati masing-masing sudah mula menyimpan sesuatu. Dan saat lafaz itu terucap pada hari raya ketiga, segalanya menjadi kenyataan bahawa takdir tidak pernah bergurau. "Habib akan tunjukkan... bercinta selepas kahwin itu indah. Sebab apa yang kita rasa ini Adalah cinta yang suci. Dan habib serahkan semuanya pada Ilahi." Dalam senyuman yang sederhana dan sentuhan yang lembut, terukir janji yang tidak perlu diungkap panjang. Di hadapan mata yang menjadi saksi, sebuah kisah tentang dua hati yang tidak pernah saling mengenal, tetapi ditakdirkan untuk jatuh cinta... selepas mereka sah menjadi milik satu sama lain. TERBIT DIBAWAH PENERBITAN HE DYNAMIC PUBLICATION COMPLETE: 14/3/2024 REVAMP NEW LAUNCHING: 19/5/2026

Plus d’Infos
WpActionLinkDirectives de Contenu