Setelah 4 tahun tidak bersua muka kerana berbeza sekolah dan umur, akhirnya berjumpa semula. Malangnya, mereka bukan sahabat tetapi musuh!
Aisyah Sofea, seorang yang baik hati, sopan santun, bijak dalam bidang akademik, matang, dan berdikari. Tetapi, jangan dibuat main baik hatinya itu! Sekali kau cabar dia, mahu bergegar bumi.
Tengku Ayden Naufal, seorang yang terlalu beku, tetapi masih mempunyai sifat sopan santun dan baik hati. Beliau juga sangat matang, terlajak bijak dalam bidang akademik, dan penarik perhatian para gadis kerana rupa dan darjat.
Tetapi di sebalik permusuhan mereka, ada satu perasaan yang timbul di dalam diri Tengku Ayden. Perasaan cinta dan suka. Beliau pandai dalam memendam perasaan tetapi sakit juga pendam lama-lama.
" Solo tu puoi sciogliere il mio cuore, amore mio. " - Tengku Ayden Naufal.
" Apa kau cakap ni? " - Aisyah Sofea.
" Kau akan faham nanti. " Tengku Ayden Naufal.
Apakah maksud di sebalik kata-kata Tengku Ayden Naufal? Adakah cinta bertepuk sebelah tangan? Adakah mereka tidak sempat bersama?
All Rights Reserved