Encik Suami Honey Soraya

Encik Suami Honey Soraya

  • WpView
    LẦN ĐỌC 142
  • WpVote
    Lượt bình chọn 3
  • WpPart
    Chương 19
WpMetadataReadĐang sáng tác
WpMetadataNoticeĐăng tải lần cuối Thứ 4, thg 3 25, 2026
Dia dikhianati oleh lelaki yang dicintainya. Kemudian dipaksa mengikat janji dalam sebuah perkahwinan yang tidak pernah dimintanya. Hani Soraya menjadi isteri kepada Fahadh Dallen, abang kepada tunangnya sendiri. Lelaki yang kelihatan dingin, berkuasa dan sukar untuk ditembusi. Namun Soraya tidak tahu, di sebalik ketegasan itu, Fahadh telah lama mencintainya... dalam diam. Perkahwinan ini bukan tentang paksaan semata-mata. Ia tentang perlindungan yang disalah erti, tentang perasaan yang dipendam terlalu lama. Soraya mahu bebas. Tetapi setiap kali dia cuba membenci, Fahadh tidak pernah mengalah - melindungi, menjadi bayang-bayangnya. Kerana ada cinta yang tidak pernah meminta balasan. Hanya memilih untuk selalu ada... demi memastikan wanita yang dicintainya tidak tersakiti.
Bảo Lưu Mọi Quyền
#214
kahwinpaksa
WpChevronRight
Tham gia cộng đồng sáng tác truyện quy mô nhấtNhận đề xuất truyện được cá nhân hóa, lưu các tác phẩm yêu thích vào thư viện, đồng thời bình luận và bình chọn để phát triển cộng đồng của bạn.
Illustration

Bạn cũng có thể thích

  • Sedetik Lebih [COMPLETE]
  • HELLO QASWAR
  • Permission to Fall, Prof!
  • Forever Isn't What We Promised
  • 𝐅𝐋𝐈𝐆𝐇𝐓 𝐓𝐎 𝐋𝐎𝐕𝐄 [𝐂]
  • Bunga Jagaan Bodyguard [C]
  • Racing King
  • Jika Kau Yang Memiliki || COMPLETE
  • Derita Seorang Maira  | C
  • Takdir terakhir kita [C]

Maryam Elara tidak pernah menyangka, takdir akan menemukan dia semula dengan lelaki yang pernah menjadi suaminya, Raif Kaysan. Di sebuah majlis penuh gemerlapan, dia hanya seorang cleaner, sementara lelaki itu kini seorang CEO yang gah berdiri di puncak kuasa. Namun, tatapan Raif padanya bukan lagi penuh kasih, tetapi sarat dengan benci dan dendam yang bertahun-tahun terpendam. "Dahulu kau tinggalkan aku macam sampah. Sekarang kau datang sebagai apa? Cuma cleaner aje?" Raif melayan Maryam tak ubah seperti sampah, menghina dan merendah-rendahkannya tanpa belas. Dia mahu wanita itu merasa sakit, sama seperti luka yang Maryam tinggalkan dalam hidupnya dahulu. Tambah pula Maryam beralih kerja disyarikatnya, seakan membuka ruang untuk dia menjalankan misi dendam. "Jangan sebut nama aku, Jangan mengadu apa-apa pada aku, dan pastikan jarak kau berdiri 5 meter dari aku, faham?"-Raif Kaysan "Baik, brader."-Maryam Elara "Apa kau cakap?"-Raif "Tadi cakap tak boleh panggil nama, saya panggilah brader."-Maryam Setiap hari, Maryam hanya diam dan menerima segala perlakuan dingin Raif tanpa membantah. Dia tidak melawan, tidak juga merungut, meskipun lelaki itu menggunakan pangkatnya sebagai bos untuk membuli dan merendahkannya sesuka hati. Namun, tanpa sedar, sesuatu dalam diri Raif mula berubah. Dendam yang sekian lama membara perlahan-lahan pudar, digantikan dengan perasaan yang sepatutnya tidak wujud lagi, rasa yang pernah dia buang jauh-jauh dahulu. Kenapa? Kenapa hatinya mula goyah? Kenapa, setelah semua yang berlaku, dia masih mahu mencintai wanita itu? "Kalau masa berbaki sedetik lebih sekalipun, aku takkan patah balik pada kau."-Raif "Saya faham, jadi tak perlu bazirkan sedetik lebih itu untuk saya lagi."-Maryam Namun... adakah pertemuan Maryam membawa sebuah rahsia yang tersimpan sekian lama? Dan jika masa itu memiliki sedetik lebih lagi... apakah ia akan dipenuhi dengan cinta, atau terus dihimpit oleh dendam?

Thêm Chi Tiết
WpActionLinkNội dung hướng dẫn