Pertemuan semula selepas kejadian hitam menimbulkan rasa benci dalam diri Medina terhadap lelaki yang dulunya dia pernah cinta dalam diam. Kini, cinta berubah menjadi benci. Setiap kali mereka bersua muka, pasti mereka akan bertikam lidah seperti tiada hari esok.
Lain pula penerimaan buat Haidar, lelaki yang sedia berkorban segalanya demi Medina. Namun, dituduh sebagai pelaku yang membuatkan Medina trauma dengan kejadian hitam yang menimpa dirinya, Haidar susah untuk terima. Bertahun-tahun dia menunggu masa yang sesuai untuk menjadikan Medina sebagai isteri, kini harapannya semakin tipis apabila Medina pula mula timbul rasa benci.
"Aku dah ingat semuanya. Kau yang pukul aku, kan? Kau nak aku mati!" herdik Medina sepuas hati.
"Ini ke cara kau berterima kasih dekat aku?" soal Haidar pula, penuh rasa kecewa.
Seperti tiada sinar berbaik, Haidar semakin putus asa selepas setiap hari dia perlu menghadap caci maki Medina terhadap dirinya. Hampir saja dia masuk lokap akibat Medina yang menggila dalam membuat tuduhan melulu pada dia.
"Mengarut! Dina tak akan jadi isteri lelaki macam ni!"
Medina membantah sekeras-kerasnya keputusan yang telah dibuat oleh Tokpa.
Jadi isteri kepada lelaki yang sudah membuat jenayah? Tak mungkin! Tokpa memang dah gila!
"Aku anggap, ini cara kau berterima kasih pada aku. Rela atau tak, kau tetap kena terima!"
Terpaksa akur. Medina pasrah dengan takdir yang sudah ditentukan untuk dia. Dia yakin, satu hari nanti kebenaran pasti akan terbongkar jua.
"Ambillah nyawa Dina jika perlu.. Dina redha."
All Rights Reserved