Selepas kematian misteri kakaknya, Kaede Aoyama, seorang detektif legenda, kehidupan Reika Aoyama berubah sepenuhnya. Daripada seorang pereka fesyen dan fashion influencer, Reika terpaksa mewarisi agensi detektif milik kakaknya-sesuatu yang tidak pernah dibayangkan dalam hidupnya.
Berbekalkan keupayaan unik Mind Simulation, Reika menggunakan gaya, warna, dan fesyen untuk membaca emosi, menghidupkan semula kejadian jenayah, dan mencari kebenaran yang tersembunyi. Dalam setiap penyiasatan, Reika ditemani oleh Akira Fujimoto, CEO Endpoint Technology dan rakan lama Kaede, yang secara diam menyimpan perasaan terhadapnya.
Namun pencarian kebenaran membawa Reika ke dunia gelap yang dipenuhi time loop, doppelganger, dan eksperimen genetik manusia, melibatkan organisasi misteri Black Sugar Group. Semakin dekat Reika kepada jawapan, semakin dia sedar bahawa kematian Kaede mungkin bukan satu pengakhiran-tetapi permulaan kepada sesuatu yang jauh lebih berbahaya.
Di tengah misteri, bahaya, dan perasaan yang tidak terluah, Reika harus memilih antara melarikan diri daripada masa lalu atau mengubah takdirnya sendiri.
Life Makeover ialah kisah cinta, kehilangan, dan keberanian untuk mencipta semula hidup.
Tengku Zarif & Mikayla.
"You don't know me Zarif." - Mikayla
"You are just outsiders, watching through glass window. You have no rights to judge me." - Mikayla
"Then, enlighten me the real you." Tengku Zarif
"Sometimes we create our own heartbreaks through expectation. We believe we know someone, but in reality, we only know the version of them they want us to see." - Tengku Zuhail