Setiap manusia ingin dihargai.
Ingin bahagia, disayangi, dicintai, dan berjaya.
Namun dalam perjalanan mencari semua itu,
ada jiwa yang terpaksa berhadapan dengan sisi gelap dirinya sendiri-
pesimisme yang lahir daripada luka, tekanan,
dan perasaan yang terlalu lama dipendam.
Bukan kerana sisi itu lemah,
tetapi kerana jeritan batin sering kali terlalu sunyi
dan terlalu sakit untuk diluahkan dengan kata biasa.
Maka puisi menjadi tempat bernaung.
Tempat suara hati berbicara tanpa perlu berpura-pura kuat.
Jeritan Jiwa (Puisi) ialah sebuah antologi puisi
yang merakam bisikan emosi manusia-
tentang kesakitan, kekeliruan, kehilangan,
dan pencarian makna hidup.
Di sebalik setiap bait yang gelap,
masih ada satu seruan halus-
suara optimis yang tidak pernah benar-benar hilang.
Percayalah,
suatu hari nanti,
kamu akan sedar.
📌 Tagline:
Antologi Puisi Jeritan Jiwa
Todos los derechos reservados