Rahsia Langit: Cinta Dalam Doa
Yang setara itu diusahakan, bukan ditemukan. Yang sempurna itu dibentuk, bukan dicari. Kalau kau menunggu seorang yang 100% sesuai sejak perkenalan awal, kau akan penat sendiri. Kerana manusia itu bergerak, berubah dan tumbuh seiring berlalu. Dan tidak ada jiwa yang terus selaras tanpa adanya proses.