Rival tapi cinta: Zayyan Hakim

Rival tapi cinta: Zayyan Hakim

  • WpView
    Reads 259
  • WpVote
    Votes 26
  • WpPart
    Parts 22
WpMetadataReadOngoing
WpMetadataNoticeLast published Mon, Aug 31, 2026
WpInfo
Fiction
Romance
Aira Tasnim terpaksa meninggalkan rumahnya selepas kehilangan kedua ibu bapanya dalam satu insiden tragik. Dia tinggal sementara di rumah sepupunya yang terkenal dengan ego tinggi, Zayyan Hakim. Bagaikan anjing dengan kucing pada mulanya, mereka sering bergaduh, berselisih, dan diselubungi cemburu yang tak terucap. Namun, di sebalik ego dan panas baran Zayyan, Tasnim mula merasakan sesuatu yang lebih daripada sekadar permusuhan. Kesemua ahli keluarganya tahu isi hati Zayyan apabila lelaki itu semakin menjadi-jadi. Mereka mahu tahu penyebab Zayyan berkelakuan seolah tidak ingin Tasnim bebas dari sesiapa. Namun hal tidak disangkakan berlaku, satu keluarganya terkejut ketika Zayyan membawa seorang gadis tidak bertudung ke rumahnya untuk diperkenalkan kepada ibu dan bapanya. "Siapa yang kamu bawa ni, Zayyan?" tanya Pak Ndak masih terkejut. "Inilah calon menantu mak dan abah. Cantik, kan? Nama dia Adira Safrina." Zayyan memperkenalkan diri Adira dengan bangganya. Akan tetapi, Tasnim tidak mengerti kenapa perasaanya mudah rapuh melihat layanan yang diberikan oleh Zayyan itu berbeza daripadanya. Dia seakan tidak boleh menerima kenyataan tersebut. Adakah ini dinamakan cinta berputik sebelah tangan? Tasnim tidak berputus asa untuk membuat Zayyan merasa diganggui dengan menunjukkan sikap manisnya terhadap sepupu yang lain. Dia mahu lihat seberapa jauh Zayyan dapat menghilangkan diri. "Kau sengaja, kan?" Zayyan menatapnya bagai nak makan. "Apa?" soal Tasnim pura-pura tidak tahu. "Kau pergi mana tadi? Dengar Zahir." dadanya berombak kencang. Disitulah bermulanya sebuah kisah dimana satu persatu kelompok bunga dikutip menjadi sekuntum bunga yang cantik.
All Rights Reserved
#934
happyending
WpChevronRight
Join the largest storytelling communityGet personalized story recommendations, save your favourites to your library, and comment and vote to grow your community.
Illustration

You may also like

  • KESEMPATAN KEDUA
  • MUTE
  • [C] Pelan Cinta
  • Skate To Escape
  • His Secret Wife
  • Bukan Milik Abadi | C
  • The Fatih's Court
  • 𝐓𝐞𝐦𝐚𝐧 𝐁𝐚𝐡𝐚𝐠𝐢𝐚 | C
  • Syaqil's Faithful Heart
  • Permission to Fall, Prof!

(Stand Alone) Setiap orang ada menyimpan satu rahsia besar di dalam hidup mereka. Rahsia terbesar Airis adalah dia pernah bercinta dengan abang kawan baiknya sendiri. Dia mengandung dan mempunyai anak, hasil dari hubungan haramnya dengan lelaki bernama Firash Baihaqi. Nasib Airis malang apabila ditinggalkan dan harus menanggung semuanya seorang diri. "Selepas kau lahirkan anak tu, aku akan serahkan dia kepada orang lain. Maknanya dia bukan anak kau lagi dan orang lain takkan tahu yang kau pernah mengandung sebelum ini." Apakah pilihan yang Airis ada? Dia memalukan orang tuanya dengan perbuatan kejinya. Waktu tidak boleh diundurkan semula. Saat lahirnya anak yang dikandung selama sembilan bulan itu, dia hanya sempat mengucup sekali wajah si anak sebelum dibawa pergi. Untuk selamanya. Airis memulakan kehidupan baru dengan membawa diri jauh dari keluarga. Selama empat tahun dia hidup menderita kerana kesilapan lalunya. Dia juga tidak pernah berhenti mencari anaknya. Kerana dia yakin anaknya masih hidup di luar sana. Harapannya hanyalah diberikan kesempatan kedua untuk bertemu si anak. "Kahwin dengan Riyaz. Keputusan ayah muktamad!" Dipaksa untuk berkahwin dengan lelaki yang tidak dikenali adalah satu keputusan yang paling sukar buat Airis. Bagaimana dia mahu mengahwini lelaki yang dia tak cintai? "Saya tak nak kahwin dengan awak. Saya tahu ni aturan keluarga kita. Awak pun mesti tak rela, sama macam saya." - TENGKU AIRIS KIRANA "Awak silap, Airis. Family saya tak ada kaitan dalam hal ni. Saya yang nak kahwin dengan awak. Sangat-sangat." - RIYAZ ARSHAN Kejujuran itu penting dalam sesebuah hubungan. Pengkianatan juga akan menghancurkan hubungan cinta yang baru dibina. Seberapa lama perkahwinan ini akan bertahan? Kisah cinta mereka bukan mudah.

More details
WpActionLinkContent Guidelines